Empat lokaliti dikenakan PKPD

KUALA LUMPUR 21 Julai – Empat lokalitil  tiga daripadanya di Pahang dan satu di Sabah dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) bermula Jumaat 23 Julai hingga 5 Ogos depan.

Timbalan Perdana Menteri, Ismail Sabri Yaakob, berkata empat lokaliti itu ialah Taman Merpati, Sandakan, Sabah; dan tiga di Pahang iaitu Felda Jengka 12, Jerantut; Kampung Belangkap, Rompin dan Kampung Orang Asli Ruai, Batu Talam, Raub.

Selain itu, beliau berkata Majlis Keselamatan Negara (MKN) turut bersetuju menamatkan PKPD di tujuh lokaliti di Negeri Sembilan, Pahang, Kelantan dan Sabah, berkuat kuasa esok.

Lokaliti yang ditamatkan PKPD ialah seluruh daerah Seremban, Negeri Sembilan; Kuarters Pekerja Malaysia China Industrial Park (MCKIP), Gebeng, Kuantan, Pahang; dua taman perumahan di Kota Bharu, Kelantan iaitu Taman Kurnia Jaya dan Taman Pinggiran Golf.

“Baki empat lokaliti yang ditamatkan PKPD ialah di Sabah membabitkan Kampung Sungai Imam, Tawau; dua perkampungan di Putatan, Sabah iaitu Kampung Lembising dan Kampung Dumpil Keramat; Kampung Balibata, Beaufort dan Kampung Pintasan, Kota Belud,” katanya dalam  satu kenyataan,

.

Related posts

Leave a Comment