Singapura lapor 181 kes

SINGAPURA 21 Julai – Berbanding 195 kes semalam, Singapura hari ini melaporkan 181 kes yang melibatkan 179 kes dalam masyarakat dan dua kes import.

Menurut Kementerian Kesihatan, dengan pertambahan itu jumlah keseluruhan kes yang direkodkan Singapura setakat ini adalah 63,621.

Daripada 179 kes baharu dalam kalangan masyarakat itu, sebanyak 130 berkait dengan kluster Pelabuhan Perikanan Jurong dan lapan lagi ada kaitan dengan kluster KTV.

Daripada 179 kes dalam masyarakat hari ini, 80 ada kaitan dengan kes-kes sebelum ini dan sudahpun dikuarantin manakala 69 kes yang ada kaitan dengan kes sebelum ini pula dikesan menerusi pengawasan.

Sebanyak 30 kes tiada kaitan dengan mana-mana kes terdahulu.

Sementara itu dua kes import sudah dikenakan Notis Jangan Keluar Rumah (SHN) atau diasingkan sebaik tiba di sini.

Kedua-duanya jatuh sakit semasa menjalani SHN atau pengasingan.

Related posts

Leave a Comment