4.7 juta lengkap dua dos

PUTRAJAYA 21 Julai- Jumlah penerima dua dos vaksin sehingga 11.59 malam tadi meningkat kepada 4,769,909 orang atau 14.6 peratus populasi rakyat di negara ini.

Menteri Kesihatan Dr Adham Baba berkata seramai 10,301,905 individu telah menerima dos pertama

Ini menjadikan jumlah pemberian vaksin itu di seluruh negara mencecah 15,071,814 dos suntikan.

“Jumlah ini termasuk suntikan pada Hari Raya Aidiladha semalam iaitu sebanyak 299,593 dos, merangkumi 204,064 individu menerima suntikan pertama dan 95,529 adalah penerima dos kedua,” katanya hari ini.

Lima negeri yang mencatatkan pemberian vaksin tertinggi semalam ialah Selangor dengan 107,444 individu, Kuala Lumpur (63,493), Sarawak (46,606), Johor (28,050) dan Pulau Pinang (14,630).

Labuan kekal negeri yang mencatatkan peratusan penduduk dewasa lengkap dua dos vaksinasi tertinggi dengan 64.7 peratus, diikuti Sarawak (47.3 peratus), Perlis (36.5 peratus), Lembah Klang (21.6 peratus) dan Negeri Sembilan (20.9 peratus).

Related posts

Leave a Comment