Filipina lapor 6,560 kes baharu

MANILA 21 Julai – Jabatan Kesihatan (DoH) Filipina merekodkan 6,560 kes tambahan Covid-19 menjadikan jumlah keseluruhan meningkat kepada 1,524,449.

Setakat pukul 4 petang ini, DoH juga merekodkan 32 orang meninggal dunia disebabkan Covid-19 yang membawa kepada jumlah keseluruhan 26,874 kematian..

Kes sembuh pula meningkat kepada 1,449,579 atau 95.1 peratus termasuk 5,364 pesakit yang dilaporkan pulih hari ini.

Related posts

Leave a Comment