Kes baharu di Saudi 1,295.

RIYADH 13 Julai – Arab Saudi merekodkan 1,295 kes baharu Covid-19 dalam tempoh 24 jam menjadikan jumlah keseluruhan meningkat kepada 503,734 Dalam tempoh yang sama,Kementerian Kesihatan memaklumkan 14 lagi pesakit dilaporkan meninggal dunia dan ini membawa kepada 8,006 kematian. Kementerian juga melaporkan sebanyak 946 pesakit dilaporkan sembuh yang menjadikan jumlah keseluruhan 484,883 kes. Riyadh merekodkan kes harian tertinggi iaitu 327 diikuti Makkah 283 Timur 189, dan Asir 135. Sebanyak 10,845 kes aktif dilaporkan di mana 1,426 kritikal.

Read More

Lonjakan berterusan di Indonesia

JAKARTA 13 Julai – Hari kedua berturut-turut Indonesia mencatatkan lebih 40,000 kes positif Covid-19 hari ini  dengan merekodkan 47,899 kes berbanding…… menjadikan jumlah  kumulatifnya 2,615,529. Menurut data rasmi Badan Nasional Pengurusan Bencana Indonesia hari ini, pesakit sembuh juga terus bertambah dengan angka kesembuhan harian merekodkan 20,123 orang menjadikan jumlah kumulatif 2,139,601 orang atau 81.8 peratus. Pesakit yang meninggal dunia pula meningkat kepada 68,219 orang apabila 864 lagi kematian dilaporkan sementara kes aktif yang masih memerlukan rawatan bertambah sebanyak 26,912 menjadikan jumlah 407,709 . Lima provinsi merekodkan kes sembuh harian tertinggi iaitu Jakarta…

Read More

Selangor akan terima 4 juta dos

PUTRAJAYA 13 Julai – Badan Bertindak Imunisasi Covid-19 (CITF) akan memberi empat juta dos vaksin kepada Selangor dengan tambahan sejuta bagi penduduk di negeri itu pada bulan ini. Menteri Kesihatan,  Dr Adham Baba, berkata persetujuan itu dicapai CITF bersama Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK), Khairy Jamaluddin bagi mempercepatkan usaha mencapai imuniti kelompok di Selangor. “Kapasiti petugas di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) juga akan ditambah bagi meningkatkan suntikan vaksinasi di negeri itu,” katanya pada sidang media khas Pengurusan Pandemik Covid-19 di Lembah Klang, di sini, hari ini. Pada masa sama,…

Read More

Delta sumbang peningkatan

PUTRAJAYA 13 Julai – Varian baharu Delta sudah merebak hampir ke setiap negeri, menyebabkan berlakunya peningkatan kes mendadak di negara ini, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah. Beliau berkata varian berkenaan merebak dengan cepat dengan nilai kebolehjangkitan (Rt) antara 5 hingga 8, berbanding virus Covid-19 pertama yang dikesan di Wuhan, China iaitu nilai Rt sekitar 2.5 hingga 3. “Ini menjadikan 100 individu yang dijangkiti oleh varian Delta ini mampu menjangkitkan lebih 800 individu lain. “Delta ini merebak dengan cepat dan jangkitan ini adalah melalui udara. Dalam masa yang…

Read More

Angka tertinggi di Malaysia

PUTRAJAYA 13 Julai – Sejumlah 11,079 jangkitan baharu Covid-19 dilaporkan dalam tempoh 24 jam sekali gus mencatat angka tertinggi sejak pandemik melanda negara tahun lalu dan menjadikan jumlah kumulatif kini mencecah 855,949 kes. Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan, sebanyak 11,052 adalah kes tempatan yang melibatkan 9,143 warganegara dan 1,909 bukan warganegara sementara 27 kes import melibatkan 15 warganegara dan 12 bukan warganegara. Jumlah kes sembuh yang direkodkan hari ini adalah 5,990 yang membawa kepada jumlah keseluruhan 753,328 orang manakala kes aktif 96,236. Sebanyak 125 kematian dilaporkan melibatkan…

Read More

3,604 kes baharu di Filipina

MANILA 13 Julai – Jabatan Kesihatan (DoH) Filipina mencatatkan 3,604 kes tambahan Covid-19 hari ini menjadikan jumlah keseluruhan 1,481,660. Sehingga pukul 4 petang ini, sebanyak 5,840 pesakit dilaporkan sembuh yang membawa kepada jumlah keseluruhan kes pulih meningkat kepada 1,408,634 atau 95.1 peratus daripada keseluruhan kes. Jumlah kematian pula meningkat kepada 26,092 orang apabila 77 lagi pesakit dilaporkan meninggal dunia. Kes aktif pula 46,934 atau 95.1 peratus.

Read More

Thailand catat 8,685 kes baharu

BANGKOK 13 Julai – Thailand merekodkan 8,685 kes baharu Covid-19 hari ini dengan 56 kematian menjadikan jumlah keseluruhan 353,712 kes dan 2,847 orang meninggal dunia. Daripada jumlah kes itu, sebanyak 8,539 melibatkan orang awam dan 146 lagi dalam kalangan banduan di penjara. Dalam tempoh 24 jam, sebanyak 3,797 pesakit Covid-19 sembuh dan dibenarkan keluar hospital menjadikan jumlah keseluruhan sembuh 255,455. Kes kematian pula melibatkan pesakit yang berusia antara 34 hingga 96 tahun, di mana dalam kalangan mereka ada yang menghidap darah tinggi dan kencing manis Bangkok merekodkan 30 kematian, empat di…

Read More

Selangor melangkah ke angka 5

PUTRAJAYA 13 Julai – Selangor terus melangkah ke angka 5 dengan empat digit apabila merekodkan 5,263 kes baharu Covid-19 hari ini berbanding 4,308 semalam. Begitu juga dengan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur yang mencatatkan 609 kes semalam menambah kes kepada 1,521. Kombinasi dua negeri ini telah menyumbang 6,784 kes kepada jumlah keseluruhan kes harian negeri yang hari ini merekodkan 11,079 kes. Turut mencatatkan peningkatan kes adalah Negeri Sembilan yang mencatatkan 1,033 kes berbanding 794 semalam. Ini diikuti Kedah 497 (415), Sarawak 472 (235), Perak 329 (168), Pahang 321 (314), Pulau Pinang…

Read More

Berlaku ‘lonjakan’ kes di Singapura

SINGAPURA 13 Julai – Berbanding pada hari lain sebelum ini dengan catatan kes Covid-19 yang kecil atau tidak ada langsung, Singapura hari ini melaporkan ‘lonjakan’ apabila 19 kes jangkitan tempatan baharu direkodkan. Jumlah kes tersebut adalah yang tertinggi dilaporkan sejak 17 Jun apabila 20 kes jangkitan direkodkan. Menurut Kementerian Kesihatan (MoH), daripada 19 kes,  lima dikaitkan dengan kes sebelum ini dan sudahpun dikuarantin manakala 10 lagi dikaitkan dengan kes terdahulu dan dikesan menerusi proses pengawasan. Baki empat kes lagi tidak ada hubung kait dengan kes terdahulu. Di samping itu, MoH…

Read More

Pastikan semua PPV selamat

PUTRAJAYA : Eloklah langkah keselamatan yang lebih ketat diambil bagi memastikan Pusat Pemberian Vaksin (PPV) selamat bagi menerima kehadiran orang ramai untuk suntikan vaksin. Pastinya kita tidak mahu PPV pula mencetuskan kluster Covid-19 akibat kes-kes positif yang tidak disedari. Ini berikutan 204 sukarelawan di PPV Ideal Convention Centre (IDCC), Shah Alam disahkan positif selepas saringan beramai-ramai dilakukan pada 10 Julai. Menurut Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK), Khairy Jamaluddin Abu Bakar, keputusan RT-PCR menunjukkan kesemua yang positif mempunyai CT (cycle threshold) lebih daripada 35, di mana mereka mempunyai ‘load’…

Read More