Thailand catat 8,685 kes baharu

BANGKOK 13 Julai – Thailand merekodkan 8,685 kes baharu Covid-19 hari ini dengan 56 kematian menjadikan jumlah keseluruhan 353,712 kes dan 2,847 orang meninggal dunia.

Daripada jumlah kes itu, sebanyak 8,539 melibatkan orang awam dan 146 lagi dalam kalangan banduan di penjara.

Dalam tempoh 24 jam, sebanyak 3,797 pesakit Covid-19 sembuh dan dibenarkan keluar hospital menjadikan jumlah keseluruhan sembuh 255,455.

Kes kematian pula melibatkan pesakit yang berusia antara 34 hingga 96 tahun, di mana dalam kalangan mereka ada yang menghidap darah tinggi dan kencing manis

Bangkok merekodkan 30 kematian, empat di Narathiwat, masing-masing dua di Nakhon Pathom, Pathum Thani, Kamphaeng Phet, Chon Buri dan Phetchaburi, dan setiap satu di  Chachoengsao, Chaiyaphum, Chumphon, Trat, Saraburi, Nakhon Ratchasima, Phuket, Nakhon Sawan, Pattani, Mukdahan, Si Sa Kiet dan Nong Bua Lam Phu.

Bangkok juga terus merekodkan kes tertinggi iaitu 2,631, diikuti 561 di Samut Sakhon, 537 di Nonthaburi, 529 di Samut Prakan, 459 di Chon Buri, 189 di Pathum Thani, 178 di Narathiwat, 177 di Nakhon Pathom, 150 di Songkhla dan 126 di Udon Thani.

Kes import pula melibatkan 12 kes ketibaan dari China (4), United Kingdom (1), Switzerland (1), Filipina(1), Myanmar (2) dan Kemboja (3).

Related posts

Leave a Comment