Angka tertinggi di Malaysia

PUTRAJAYA 13 Julai – Sejumlah 11,079 jangkitan baharu Covid-19 dilaporkan dalam tempoh 24 jam sekali gus mencatat angka tertinggi sejak pandemik melanda negara tahun lalu dan menjadikan jumlah kumulatif kini mencecah 855,949 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan, sebanyak 11,052 adalah kes tempatan yang melibatkan 9,143 warganegara dan 1,909 bukan warganegara sementara 27 kes import melibatkan 15 warganegara dan 12 bukan warganegara.

Jumlah kes sembuh yang direkodkan hari ini adalah 5,990 yang membawa kepada jumlah keseluruhan 753,328 orang manakala kes aktif 96,236.

Sebanyak 125 kematian dilaporkan melibatkan 108 warganegara dan 17 bukan warganegara yang menjadikan jumlah keseluruhan 6,385 orang meninggal dunia.

Selangor merekodkan 57 kematian, 20  di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, 13 di Negeri Sembilan, sembilan  di Melaka, masing-masing tujuh  di Kedah dan Johor, tiga  kes di Pahang, masing-masing dua kes di Pulau Pinang, Perak, Sabah, dan Sarawak,serta satu  kes di Kelantan.

Sementara itu 972 kes menerima rawatan di unit rawatan rapi (ICU) dan 456 memerlukan bantuan pernafasan.

Related posts

Leave a Comment