Selangor melangkah ke angka 5

PUTRAJAYA 13 Julai – Selangor terus melangkah ke angka 5 dengan empat digit apabila merekodkan 5,263 kes baharu Covid-19 hari ini berbanding 4,308 semalam.

Begitu juga dengan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur yang mencatatkan 609 kes semalam menambah kes kepada 1,521.

Kombinasi dua negeri ini telah menyumbang 6,784 kes kepada jumlah keseluruhan kes harian negeri yang hari ini merekodkan 11,079 kes.

Turut mencatatkan peningkatan kes adalah Negeri Sembilan yang mencatatkan 1,033 kes berbanding 794 semalam.

Ini diikuti Kedah 497 (415), Sarawak 472 (235), Perak 329 (168), Pahang 321 (314), Pulau Pinang 234 (231), Kelantan 211 (133), Putrajaya 77 (45).

Johor turun satu kes berbanding semalam iaitu daripada 407 kepada 406 manakala Melaka merekodkan 323 berbanding 411 semalam, Sabah 239 (298), Terengganu 93 (140), dan Wilayah Persekutuan Labuan 60 (66).

Perlis kekal tanpa sebarang kes.

Related posts

Leave a Comment