Kes baharu di Saudi 1,295.

RIYADH 13 Julai – Arab Saudi merekodkan 1,295 kes baharu Covid-19 dalam tempoh 24 jam menjadikan jumlah keseluruhan meningkat kepada 503,734

Dalam tempoh yang sama,Kementerian Kesihatan memaklumkan 14 lagi pesakit dilaporkan meninggal dunia dan ini membawa kepada 8,006 kematian.

Kementerian juga melaporkan sebanyak 946 pesakit dilaporkan sembuh yang menjadikan jumlah keseluruhan 484,883 kes.

Riyadh merekodkan kes harian tertinggi iaitu 327 diikuti Makkah 283 Timur 189, dan Asir 135.

Sebanyak 10,845 kes aktif dilaporkan di mana 1,426 kritikal.

Related posts

Leave a Comment