3,604 kes baharu di Filipina

MANILA 13 Julai – Jabatan Kesihatan (DoH) Filipina mencatatkan 3,604 kes tambahan Covid-19 hari ini menjadikan jumlah keseluruhan 1,481,660.

Sehingga pukul 4 petang ini, sebanyak 5,840 pesakit dilaporkan sembuh yang membawa kepada jumlah keseluruhan kes pulih meningkat kepada 1,408,634 atau 95.1 peratus daripada keseluruhan kes.

Jumlah kematian pula meningkat kepada 26,092 orang apabila 77 lagi pesakit dilaporkan meninggal dunia.

Kes aktif pula 46,934 atau 95.1 peratus.

Related posts

Leave a Comment