Lonjakan berterusan di Indonesia

JAKARTA 13 Julai – Hari kedua berturut-turut Indonesia mencatatkan lebih 40,000 kes positif Covid-19 hari ini  dengan merekodkan 47,899 kes berbanding…… menjadikan jumlah  kumulatifnya 2,615,529.

Menurut data rasmi Badan Nasional Pengurusan Bencana Indonesia hari ini, pesakit sembuh juga terus bertambah dengan angka kesembuhan harian merekodkan 20,123 orang menjadikan jumlah kumulatif 2,139,601 orang atau 81.8 peratus.

Pesakit yang meninggal dunia pula meningkat kepada 68,219 orang apabila 864 lagi kematian dilaporkan sementara kes aktif yang masih memerlukan rawatan bertambah sebanyak 26,912 menjadikan jumlah 407,709 .

Lima provinsi merekodkan kes sembuh harian tertinggi iaitu Jakarta 4,571  dan kumulatifnya sebanyak 589,452 orang, diikuti Jawa Barat 4,170 (364,822) , Jawa Tengah 2,433 (232,893), Jawa Timur 2,131 (166,958) dan  Banten 986 (52,540).

Jakarta juga merekodkan kes positif tertinggi dengan 12,182 kes dan kumulatifnya 689,243, diikuti Jawa Barat 7,192 (467,141) , Jawa Timur 6,269 (203,372), Banten 4,016 (69,592) serta Jawa Tengah 3,270 (297,751).

Kematian tertinggi pula direkodkan di Jawa Timur iaitu  179 kes dan kumulatifnya 14.435 kes, Jawa Tengah 169 (13,240), Jawa Barat 144 (6,760), Jakarta 80 (9,606),  dan  Kalimantan Timur 51 (2,153).

Bagi program vaksinasi pula, sebanyak 546.416 orang lagi menerima dos pertama menjadikan jumlahnya 36.914.607 orang manakala penerima dos kedua meningkat kepada 15.190.998 orang termasuk tambahan hari ini sebanyak 154.530 orang.

Related posts

Leave a Comment