Lima hari catat lebih 30,000 kes

JAKARTA 10 Julai – Indonesia masih merekodkan kes harian Covid-19 melebihi 30,000 kes, buat hari kelima berturut-turut sejak 6 Julai lalu. Hari ini, sebanyak 35,094 kes dilaporkan menjadikan jumlah keseluruhan 2,491,006 dengan kes aktif bertambah sebanyak 5,707 menjadi 373,440. Untuk rekod jumlah kes hari ini kurang daripada semalam yang merekodkan 38,124, dan 38,391 pada 8 Julai dan mengatasi 34,379 pada 7 Julai dan 31,189 pada 6 Julai. Kes kematian pula meningkat kepada 65,457 kes termasuk 826 kematian yang dilaporkan hari ini manakala kes sembuh pula sebanyak 28,561 orang menjadikan kumulatif…

Read More

Lagi hospital Covid-19 di Selangor

BANGI 10 Julai – Sebuah lagi hospital di Selangor akan dijadikan hospital merawat pesakit Covid-19 sepenuhnya sebagai strategi mendepani kemasukan pesakit COVID-19 yang tinggi, kata Pengarah Kesihatan Negeri Selangor, Dr Sha’ari Ngadiman. Ketika inj, terdapat dua hospital merawat pesakit Covid-19 sepenuhnya di Selangor iaitu Hospital Ampang dan Hospital Sungai Buloh. “Buat masa ini, persiapan sedang dijalankan bagi memastikan hospital berkenaan bersedia menerima pesakit COVID-19,” katanya selepas mengiringi Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari untuk Program Khidmat Masyarakat Vaksinasi Kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan di Pangsapuri Sri Ayu di sini, hari ini.…

Read More

5 lokaliti di Sabah kena PKPD

KUALA LUMPUR 10 Julai – Lima lokaliti di Sabah akan dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) mulai 12 hingga 25 Julai ini, kata Timbalan Perdana Menteri,  Ismail Sabri Yaakob. Lokaliti tersebut melibatkan daerah Kota Kinabalu, Tawau dan Papar. Ismail Sabri menjelaskan bagi kawasan QL Farm, Membalua di Tawau, PKPD itu dilaksanakan ekoran peningkatan kes dan kadar kebolehjangkitan yang tinggi. Bagi lokaliti di Kampung Pikat, Bongawan di Papar, PKPD dilaksanakan ekoran peningkatan kes dalam tempoh seminggu manakala bagi tiga lokaliti di Kota Kinabalu melibatkan Kampung Suang Parai, Taman Kingfisher Sulaman dan…

Read More

Dua hari cecah lebih 9,000 kes

PUTRAJAYA 10 Julai – Dua hari berturut-turut Malaysia merekodkan lebih 9,000 kes jangkitan harian Covid-19 yang membawa kepada jumlah keseluruhan 827,191. Menurut Kementerian Kesihatan, kes yang direkodkan hari ini adalah sebanyak 9,353 kes berbanding 9,180 semalam. Ini kali ketiga Malaysia merekodkan lebih 9,000 kes apabila kali pertama sebanyak 9,020 pada 29 Mei lalu. Daripada jumlah kes yang direkodkan hari ini, 9,342 adalah kes tempatan yang melibatkan 6,645 warganegara dan 2,697 bukan warganegara sementara 11 kes import melibatkan tiga warganegara dan lapan bukan warganegara. Dalam pada itu, sebanyak 5,910 kes sembuh direkodkan…

Read More

Empat kilang ditutup, pekerja dipindah

TAPAH 10 Julai – Empat kilang yang terletak dalam Mukim Bidor dan Batang Padang yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) mulai hari ini sehingga 23 Julai, diarah tutup, manakala semua pekerjanya dikenakan kuarantin. Menteri Besar, Saarani Mohamad, berkata empat kilang yang ditutup itu dipercayai menjadi punca penularan pandemik Covid-19 dalam mukim berkenaan. Beliau berkata, semua pekerja, kebanyakannya warga asing yang mendiami rumah sewa di beberapa taman perumahan dipindahkan ke dua Pusat Latihan Khidmat Negara (PLKN) yang terletak di Sungkai dan Chenderiang, bagi mengekang penularan Covid-19. “Bukan semua pekerja yang…

Read More

Profesional bantah UK tarik sekatan

GOLONGAN profesional termasuk saintis, doktor dan jururawat menyifatkan pelan kerajaan Britain untuk menghentikan sekatan kawalan pandemik Covid-19 sebagai berbahaya, tidak beretika dan terlalu awal. Lebih 4,000 orang daripada kumpulan itu menandatangani surat bantahan kepada jurnal perubatan Lancet yang disiarkan pada Rabu sebagai membantah pelan yang dijadualkan bermula 19 Julai. Menurut golongan itu, kerajaan perlu menimbang semula strategi dan tindakan yang akan dilakukan bagi melindungi orang awam termasuk kanak-kanak. “Kami percaya kerajaan sedang melakukan eksperimen yang berbahaya dan tidak beretika dan kami mendesak rancangan peralihan pada 19 Julai itu dihentikan segera,”…

Read More

Thailand catat 9,276 kes, 75 maut

BANGKOK 10 Julai – Jumlah kes harian positif Covid-19 dan pesakit yang meninggal dunia akibat pandemik itu terus menunjukkan peningkatan dengan merekodkan 9,326 kes dan 91 kematian berbanding semalam 9,276 kes dan 75 kematian. Ini menjadikan jumlah keseluruhan kes yang meningkat kepada 326,832 orang manakala kematian pula meningkat kepada 2,625. Menurut Pusat Pentadbiran Situasi Covid-19 (CCSA), daripada jumlah kes baharu itu, 9,134 adalah dalam kalangan orang awam termasuk 19 kes import dan 192 lagi melibatkan banduan penjara. Sebanyak 3,841 pesakit dilaporkan sembuh dan dibenarkan keluar hospital menjadikan jumlah keseluruhan 243,918…

Read More

Cadangan PKPD Ayer Keroh batal

AYER KEROH 10 Julai – Cadangan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Ayer Keroh dibatalkan selepas mengambil kira jangkitan membabitkan warga asing lebih tinggi berbanding jumlah penduduk tempatan. Exco Kesihatan dan Antidadah Negeri, Rahmad Mariman berkata, ia juga diputuskan selepas meneliti kesan pelaksanaan tersebut terhadap 15,000 penduduk di empat taman perumahan di kawasan berkenaan. Beliau berkata, memandangkan jangkitan membabitkan pekerja asing adalah lebih tinggi, kerajaan negeri memutuskan untuk melaksanakan PKPD secara pentadbiran di 400 rumah pekerja warga asing serta kawasan kilang yang terdapat kes positif. Tiga kaedah dilakukan sepanjang…

Read More

Sifar kes tempatan di Singapura

SINGAPURA 10 Julai – Tiada kes baharu Covid-19 dalam kalangan masyarakat dilaporkan hari ini kecuali enam kes import. Menurut Kementerian Kesihatan (MoH), tiga daripada kes import itu dikesan sebaik tiba di Singapura manakala yang lainnya sakit ketika menjalani Notis Jangan Keluar Rumah (SHN) atau diasingkan sejurus tiba di sini. Setakat ini, Singapura melaporkan jumlah terkumpul kes Covid-19 sebanyak 62,684.   Sementara itu, MoH dalam kenyataan malam tadi memaklumkan jumlah kes baharu dalam masyarakat merosot daripada 46 pada minggu sebelumnya kepada 21 pada minggu lalu. Jumlah kes tanpa hubung kait dalam masyarakat,…

Read More

Melaka catat peningkatan

PUTRAJAYA 10 Julai – Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur terus merekodkan kes Covid-19 yang tinggi sementara Melaka menunjukkan peningkatan mendadak dengan mencatatkan 835 kes berbanding 222 semalam. Menurut kenyataan Kementerian Kesihatan, Selangor merekodkan 4,277 kes berbanding 4,400 semalam manakala Kuala Lumpur yang mencatatkan 1,271 kes semalam mencatatkan peningkatan iaitu 1,398 kes. Johor merekodkan 399 berbanding 315 semalam, Pahang 247 (214), Pulau Pinang 180 (142), Wilayah Persekutuan Labuan 85 (80), Wilayah Persekutuan Putrajaya 39 (16), manakala Perlis mencatatkan empat kes berbanding satu semalam. Sementara itu Negeri Sembilan mencatatkan 638 kes…

Read More