Lima hari catat lebih 30,000 kes

JAKARTA 10 Julai – Indonesia masih merekodkan kes harian Covid-19 melebihi 30,000 kes, buat hari kelima berturut-turut sejak 6 Julai lalu.

Hari ini, sebanyak 35,094 kes dilaporkan menjadikan jumlah keseluruhan 2,491,006 dengan kes aktif bertambah sebanyak 5,707 menjadi 373,440.

Untuk rekod jumlah kes hari ini kurang daripada semalam yang merekodkan 38,124, dan 38,391 pada 8 Julai dan mengatasi 34,379 pada 7 Julai dan 31,189 pada 6 Julai.

Kes kematian pula meningkat kepada 65,457 kes termasuk 826 kematian yang dilaporkan hari ini manakala kes sembuh pula sebanyak 28,561 orang menjadikan kumulatif pulih 2,052,109.

Lima wilayah yang merekodkan kes positif tertinggi adalah Jakarta sebanyak 12,920 kes menjadikan jumlah kumulatif 649,309 diikuti  Jawa Barat 4,926 (445,303), Jawa Tengah 3,618 (288,978), Jawa Timur 2,237 (191,942) dan Yogyakarta 1,809 (74,368).

Jawa Timur pula merekodkan kematian tertinggi dengan 180 kes dan kumulatifnya 13,806, Jawa Barat 164 (6,172), Jawa Tengah 162 (12,728), Jakarta 90 (9,349) dan Yogyakarta 37 (1,929).

Sementara kes sembuh harian tertinggi direkodkan di Jakarta iaitu 16,839 dengan kumulatifnya sebanyak 543.801 orang, diikuti Jawa Barat 3,999 (352,620), Jawa Tengah 1,610 (225,306), Jawa Timur 1,217 (161.724) serta Yogyakarta 717 (54,938).

Bagi program vaksinasi pula, penerima vaksin pertama terus bertambah dan hari ini 417.509 orang menerima suntikan menjadikan jumlah penerima 36,193,076 orang.

Penerima dos kedua juga meningkat kepada 14,969,330 termasuk 100,753 yang mendapat suntikan dos kedua itu.

Related posts

Leave a Comment