Dua hari cecah lebih 9,000 kes

PUTRAJAYA 10 Julai – Dua hari berturut-turut Malaysia merekodkan lebih 9,000 kes jangkitan harian Covid-19 yang membawa kepada jumlah keseluruhan 827,191.

Menurut Kementerian Kesihatan, kes yang direkodkan hari ini adalah sebanyak 9,353 kes berbanding 9,180 semalam.

Ini kali ketiga Malaysia merekodkan lebih 9,000 kes apabila kali pertama sebanyak 9,020 pada 29 Mei lalu.

Daripada jumlah kes yang direkodkan hari ini, 9,342 adalah kes tempatan yang melibatkan 6,645 warganegara dan 2,697 bukan warganegara sementara 11 kes import melibatkan tiga warganegara dan lapan bukan warganegara.

Dalam pada itu, sebanyak 5,910 kes sembuh direkodkan menjadikan jumlah kumulatif kes sembuh kepada 737,103 kes.

Di samping itu sebanyak 87 kematian dicatatkan hari ini menjadikan jumlah kematian meningkat kepada 6,067 kes.

Manakala kes dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) pula sebanyak 959 kes dan 451 kes memerlukan bantuan alat pernafasan.

Related posts

Leave a Comment