Melaka catat peningkatan

PUTRAJAYA 10 Julai – Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur terus merekodkan kes Covid-19 yang tinggi sementara Melaka menunjukkan peningkatan mendadak dengan mencatatkan 835 kes berbanding 222 semalam.

Menurut kenyataan Kementerian Kesihatan, Selangor merekodkan 4,277 kes berbanding 4,400 semalam manakala Kuala Lumpur yang mencatatkan 1,271 kes semalam mencatatkan peningkatan iaitu 1,398 kes.

Johor merekodkan 399 berbanding 315 semalam, Pahang 247 (214), Pulau Pinang 180 (142), Wilayah Persekutuan Labuan 85 (80), Wilayah Persekutuan Putrajaya 39 (16), manakala Perlis mencatatkan empat kes berbanding satu semalam.

Sementara itu Negeri Sembilan mencatatkan 638 kes turun sedikit berbanding 899 semalam, Kedah 364 (417), Sarawak 352 (406), Sabah 251 (323), Perak 145 (241), dan Terengganu 50 (82).

Related posts

Leave a Comment