Thailand catat 9,276 kes, 75 maut

BANGKOK 10 Julai – Jumlah kes harian positif Covid-19 dan pesakit yang meninggal dunia akibat pandemik itu terus menunjukkan peningkatan dengan merekodkan 9,326 kes dan 91 kematian berbanding semalam 9,276 kes dan 75 kematian.

Ini menjadikan jumlah keseluruhan kes yang meningkat kepada 326,832 orang manakala kematian pula meningkat kepada 2,625.

Menurut Pusat Pentadbiran Situasi Covid-19 (CCSA), daripada jumlah kes baharu itu, 9,134 adalah dalam kalangan orang awam termasuk 19 kes import dan 192 lagi melibatkan banduan penjara.

Sebanyak 3,841 pesakit dilaporkan sembuh dan dibenarkan keluar hospital menjadikan jumlah keseluruhan 243,918 orang.

Bagi kes kematian pula, 47 daripada 91 kematian adalah melibatkan lelaki

manakala peringkat umur pula antara 26 hingga 98 tahun.

Bangkok merekodkan 51 kematian diikuti Samut Prakan (9), Nonthaburi (8), Pathum Thani (5), Nakhon Pathom (4).

Masing-masing dua kematian di Khon Kaen, Roi Et dan Narathiwat, dan masing-masing satu di Phetchaburi, Maha Sarakham, Kamphaeng Phet, Songkhla, Phetchabun, Chachoengsao, Nakhon Si Thammarat dan Prachuap Khiri Khan.

Bangkok juga mendahului jumlah kes dengan mencatatkan 3,191, diikuti 672 in Pathum Thani 672, Samut Prakan 603 dan Samut Sakhon 551 (LIHAT CARTA).

Sembilan belas kes import pula adalah ketibaan dari Ethiopia (1), Emiriyah Arab Bersatu (3), Indonesia (1), Russia (1), Kemboja (1), Myanmar (12).

Mereka terdiri daripada guru Cameroonian teacher, lelaki Arab, jurutera Indonesia, guru Rusia, lapan warga Myanmar dan tujuh warga Thai.

Sementara itu jumlah vaksinasi sehingga semalam adalah 12,375,904.

Related posts

Leave a Comment