5 lokaliti di Sabah kena PKPD

KUALA LUMPUR 10 Julai – Lima lokaliti di Sabah akan dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) mulai 12 hingga 25 Julai ini, kata Timbalan Perdana Menteri,  Ismail Sabri Yaakob.

Lokaliti tersebut melibatkan daerah Kota Kinabalu, Tawau dan Papar.

Ismail Sabri menjelaskan bagi kawasan QL Farm, Membalua di Tawau, PKPD itu dilaksanakan ekoran peningkatan kes dan kadar kebolehjangkitan yang tinggi.

Bagi lokaliti di Kampung Pikat, Bongawan di Papar, PKPD dilaksanakan ekoran peningkatan kes dalam tempoh seminggu manakala bagi tiga lokaliti di Kota Kinabalu melibatkan Kampung Suang Parai, Taman Kingfisher Sulaman dan Bandaran Berjaya pula berlaku peningkatan kes dalam tempoh singkat.

PKPD di Kampung Jawi-Jawi, Kota Belud, di Sabah yang sepatutnya tamat pada 11 Julai dilanjutkan bermula 12 hingga 25 Julai.

Related posts

Leave a Comment