Cadangan PKPD Ayer Keroh batal

AYER KEROH 10 Julai – Cadangan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Ayer Keroh dibatalkan selepas mengambil kira jangkitan membabitkan warga asing lebih tinggi berbanding jumlah penduduk tempatan.

Exco Kesihatan dan Antidadah Negeri, Rahmad Mariman berkata, ia juga diputuskan selepas meneliti kesan pelaksanaan tersebut terhadap 15,000 penduduk di empat taman perumahan di kawasan berkenaan.

Beliau berkata, memandangkan jangkitan membabitkan pekerja asing adalah lebih tinggi, kerajaan negeri memutuskan untuk melaksanakan PKPD secara pentadbiran di 400 rumah pekerja warga asing serta kawasan kilang yang terdapat kes positif.

Tiga kaedah dilakukan sepanjang pelaksanaan PKPD pentadbiran iaitu dengan mengawal pergerakan pekerja asing dan melaksanakan saringan Covid-19 kepada keseluruhan 10,000 pekerja di kawasan perindustrian berkenaan.

Selain itu, kerajaan negeri juga akan mempercepatkan proses vaksinasi dalam tempoh terdekat kepada semua pekerja kilang di kawasan itu.

Sebelum ini kerajaan negeri Melaka membuat laporan polis susulan penyebaran maklumat sulit berhubung perancangan pelaksanaan PKPD di Ayer Keroh.

Related posts

Leave a Comment