Kes sembuh juga tinggi di Indonesia

JAKARTA 9 Julai – Ketika kes jangkitan Covid-19 terus meningkat walaupun angka harian kurang sedikit, Indonesia merekodkan kes sembuh yang tinggi hari ini iaitu 28,975 berbanding 21,185 sebelumnya. Ini menjadikan jumlah keseluruhan pesakit yang pulih melebihi dua juta orang iaitu 2,023,548. Bagaimanapun kes positif masih tinggi walaupun ada penurunan iaitu 38,124 orang berbanding 38,391 semalam menjadikan jumlah keseluruhan 2,455,922 kes dengan kes aktif pula meningkat kepada 367,733. Kes pesakit meninggal dunia pula merekodkan 871 kematian menjadikan jumlah kumulatifnya 64,631 orang. Sebanyak  914,881 orang menerima suntikan vaksin hari ini menjadikan jumlah…

Read More

Arab Saudi hampiri 500,000 kes

RIYADH 9 Julai – Jumlah keseluruhan kes positif Covid-19 di Arab Saudi menghampiri   500,000 selepas 1,133 kes baharu direkodkan hari ini menjadikan jumlah keseluruhan 498,906. Menurut Kementerian Kesihatan, bagi tempoh 24 jam juga, seramai 14 lagi pesakit meninggal dunia yang membawa kepada jumlah keseluruhan kematian 7,947 orang. Sebanyak 1,582 orang pesakit dilaporkan sembuh menjadikan jumlah keseluruhan pesakit pulih setakat ini 479,709 orang. Riyadh merekodkan kes harian tertinggi iaitu 328 diikuti Makkah 245, Timur 206, dan  Asir  108. Terdapat 11,250 kes aktif dan 1,378 dalam keadaan kritikal.

Read More

Lonjakan kes di Thailand

BANGKOK 9 Julai – Thailand terus merekodkan peningkatan jangkitan Covid-19 apabila berlaku lonjakan kes harian kepada 9,276 kes dengan 72 kematian menjadikan jumlah keseluruhan 317,506 serta 2,534 kematian. Bangkok turut mencatatkan lonjakan dengan merekodkan 3,116 kes dan 39 kematian. Menurut Pusat Pentadbiran Situasi Covid-19, Sebanyak 8,998 adalah kes dalam masyarakat awam termasuk 23 kes import dan 278 banduan. Sebanyak 3,928 kes sembuh dilaporkan menjadikan: jumlah keseluruhan 240,077 kes manakala kes kematian bagi gelombang ketiga adalah 2,440 dan 2,534 sejak pandemik bermula awal tahun lepas. Berikutan penularan pandemik itu, perintah berkurung…

Read More

531 ditahan langgar SOP

  KUALA LUMPUR 18 Julai –  Operasi Pematuhan yang dijalankan Polis Diraja Malaysia (PDRM) semalam menahan 531 individu, atas pelbagai kesalahan ingkar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Timbalan Perdana Menteri, Ismail Sabri Yaakob, berkata daripada jumlah itu, 499 individu dikenakan kompaun, manakala 32 lagi direman. Beliau yang juga Menteri Pertahanan berkata, antara kesalahan direkodkan tiada penjarakan fizikal (114); rentas negeri atau daerah tanpa kebenaran dan kesalahan makan di premis (109); tidak memakai pelitup muka (69); gagal merekod butiran diri atau daftar masuk premis (66). Tidak mematuhi arahan…

Read More

Vaksin: Tidak perlu tunggu 3 bulan

PUTRAJAYA 9 Julai – Bekas pesakit Covid-19, iaitu individu yang pulih daripada jangkitan virus SARSCoV-2, tidak perlu lagi menunggu tiga bulan untuk menerima suntikan vaksin. Jawatankuasa Khas Jaminan Bekalan Akses Vaksin Covid-19 (JKJAV) mengambil keputusan itu berdasarkan pendapat pakar yang dibentangkan persidangan semalam. JKJAV berkata, walaupun bukti terkini menunjukkan jangkitan semula jadi virus itu menghasilkan perlindungan yang baik terhadap jangkitan semula selama sekurang-kurangnya tiga bulan, namun kemunculan varian baharu virus ini menyebabkan ada keperluan pemberian vaksin yang lebih awal daripada tempoh ditetapkan sebelum ini. Bekas pesakit Covid-19 yang disahkan bebas…

Read More

9,180 kes harian tertinggi

PUTRAJAYA 9 Julai – Angka 9 sekali lagi mengambil tempat dalam fakta Covid-19 negara tetapi dengan jumlah yang lebih tinggi iaitu 9,180 berbanding 9,020 yang direkodkan pada 29 Mei lalu. Ketika itu, angka tersebut dijangka terus meningkat tetapi agak mengejutkan angka pada hari berikutnya 30 Mei jatuh kepada 6,999 kes. Dengan penambahan kes harian itu, yang tertinggi setakat ini, jumlah keseluruhan kini meningkat kepada 817,838 kes manakala jumlah kes aktif pula 80,665 kes. Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah berkata daripada jumlah kes harian itu, 9,180 adalah kes tempatan…

Read More

Hanya 1 kes tempatan Singapura

SINGAPURA 9 Julai – Hanya satu kes tempatan direkodkan Singapura hari ini dan sembilan kes import dilaporkan menjadikan jumlah keseluruhan kes setakat hari ini sebanyak 62,678. Menurut Kementerian Kesihatan, kes tempatan itu tidak ada kaitan dengan kes-kes terdahulu. Manakala kesemua kes import pula telah dikenakan Notis Jangan Keluar Rumah (SHN) atau diasingkan sebaik tiba di Singapura. Enam daripada kes jangkitan itu dikesan sebaik mereka tiba di Singapura manakala tiga lagi jatuh sakit sewaktu SHN atau dalam pengasingan. Sementara itu, kira-kira 80 peratus banduan dan lebih 90 peratus kakitangan Perkhidmatan Penjara…

Read More

Filipina tambah 5,881 kes

MANILA 9 Julai – Jabatan Kesihatan (DoH) Filipina mencatatkan 5,881 kes tambahan Covid-19 menjadikan jumlah keseluruhan 1,461,455 kes. Setakat pukul 4 petang ini, jumlah pesakit yang meninggal dunia meningkat kepada 25,720 orang apabila 70 lagi kematian direkodkan hari ini. Sementara itu, 3,003 kes sembuh dilaporkan dan ini membawa kepada jumlah keseluruhan pesakit pulih meningkat kepada 1,383,833 atau 94.7 peratus daripada keseluruhan kes. Kes aktif pula sebanyak 51,902 atau 3.6 peratus.

Read More

Selangor, KL tambah kes

PUTRAJAYA 9 Julai – Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur terus mencatatkan peningkatan kes hari ini sekali gus menjadi penyumbang terbesar kes jangkitan harian kebangsaan yang berjumlah 9,180. Menurut kenyataan Kementerian Kesihatan, Selangor merekodkan 4,400 kes berbanding 4,152 semalam manakala Kuala Lumpur yang merekodkan 1,133 kes semalam menambah kepada 1,271. Negeri Sembilan turut mencatatkan peningkatan kes dengan 899 berbanding 897 semalam, Kedah 417 (360), Sarawak 406 (281), Sabah 323 (279), Melaka 222 (183), Pahang 214 (152), Kelantan 151 (135), Terengganu 82 (68), Wilayah Persekutuan Labuan 80 (64). Perlis kekal dengan…

Read More

India lulus pakej AS$3 bilion

NEW DELHI: Mesyuarat pertama Perdana Menteri Narendra Modi dengan barisan Kabinet baharu meluluskan pakej rancangan kecemasan baharu bernilai lebih AS$3 bilion (RM12.56 bilion) untuk menangani pandemik Covid-19. Mesyuarat itu meluluskan skim baharu ‘Pakej Kecemasan dan Kesiapsiagaan Sistem Kesihatan India Covid-19: Fasa-II’ berjumlah INR 23,123 juta untuk tempoh 2021-22. Skim ini bertujuan meningkatkan sistem kesiapsiagaan kesihatan agar lebih pantas bertindak terhadap langkah pencegahan awal, pengesanan dan pengurusan, serta memberi tumpuan kepada pembangunan infrastruktur termasuk Rawatan Pediatrik. Daripada sejumlah AS$3 bilion yang diumumkan, lebih AS$2 bilion diperuntukkan bagi kegunaan pusat dan selebihnya…

Read More