Filipina tambah 5,881 kes

MANILA 9 Julai – Jabatan Kesihatan (DoH) Filipina mencatatkan 5,881 kes tambahan Covid-19 menjadikan jumlah keseluruhan 1,461,455 kes.

Setakat pukul 4 petang ini, jumlah pesakit yang meninggal dunia meningkat kepada 25,720 orang apabila 70 lagi kematian direkodkan hari ini.

Sementara itu, 3,003 kes sembuh dilaporkan dan ini membawa kepada jumlah keseluruhan pesakit pulih meningkat kepada 1,383,833 atau 94.7 peratus daripada keseluruhan kes.

Kes aktif pula sebanyak 51,902 atau 3.6 peratus.

Related posts

Leave a Comment