Kes sembuh juga tinggi di Indonesia

JAKARTA 9 Julai – Ketika kes jangkitan Covid-19 terus meningkat walaupun angka harian kurang sedikit, Indonesia merekodkan kes sembuh yang tinggi hari ini iaitu 28,975 berbanding 21,185 sebelumnya.

Ini menjadikan jumlah keseluruhan pesakit yang pulih melebihi dua juta orang iaitu 2,023,548.

Bagaimanapun kes positif masih tinggi walaupun ada penurunan iaitu 38,124 orang berbanding 38,391 semalam menjadikan jumlah keseluruhan 2,455,922 kes dengan kes aktif pula meningkat kepada 367,733.

Kes pesakit meninggal dunia pula merekodkan 871 kematian menjadikan jumlah kumulatifnya 64,631 orang.

Sebanyak  914,881 orang menerima suntikan vaksin hari ini menjadikan jumlah keseluruhan 35,775,567 orang di mana 14,868,577 orang menerima vaksin kedua termasuk tambahan hari ini 246,075 orang.

Sementara itu petugas kesihatan di Indonesia akan diberikan vaksin ketiga menggunakan vaksin jenis Moderna bagi meningkatkan lagi ketahanan diri terhadap Covid-19.

Dalam sidang media menerusi webinar hari ini , Menteri Kesihatan Indonesia Budi Gunadi Sadikin berkata program vaksinasi ke-3 (booster) akan dilakukan mulai minggu depan melibatkan 1.47 juta tenaga kesihatan. 

Petugas kesihatan atau frontliners merupakan golongan pertama diberikan vaksin menerusi program vaksinasi nasional yang bermula 13 Januari lepas, menggunakan vaksin jenis Sinovac.

Related posts

Leave a Comment