Selangor, KL tambah kes

PUTRAJAYA 9 Julai – Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur terus mencatatkan peningkatan kes hari ini sekali gus menjadi penyumbang terbesar kes jangkitan harian kebangsaan yang berjumlah 9,180.

Menurut kenyataan Kementerian Kesihatan, Selangor merekodkan 4,400 kes berbanding 4,152 semalam manakala Kuala Lumpur yang merekodkan 1,133 kes semalam menambah kepada 1,271.

Negeri Sembilan turut mencatatkan peningkatan kes dengan 899 berbanding 897 semalam, Kedah 417 (360), Sarawak 406 (281), Sabah 323 (279), Melaka 222 (183), Pahang 214 (152), Kelantan 151 (135), Terengganu 82 (68), Wilayah Persekutuan Labuan 80 (64).

Perlis kekal dengan satu kes seperti semalam menjadikan jumlah keseluruhan kes di negeri itu 603.

Johor merekodkan 315 kes berbanding 336 semalam, Perak 241 (543), Pulau Pinang 142 (237), dan Wilayah Persekutuan Putrajaya 16 (47).

Sementara itu, kenyataan itu juga menjelaskan  situasi peningkatan kes di Selangor dan Kuala Lumpur telah dijangka berikutan peningkatan saringan bertumpu (targeted screening) yang sedang giat dijalankan di kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) dan saringan di kilang-kilang.

Terdapat  ramai juga individu di kawasan Lembah Klang yang tampil sendiri ke klinik swasta untuk menjalani ujian Covid-19 iaitu  dalam kalangan yang berisiko tinggi misalnya yang bergejala atau kontak rapat.i.

Related posts

Leave a Comment