531 ditahan langgar SOP

 

KUALA LUMPUR 18 Julai –  Operasi Pematuhan yang dijalankan Polis Diraja Malaysia (PDRM) semalam menahan 531 individu, atas pelbagai kesalahan ingkar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Timbalan Perdana Menteri, Ismail Sabri Yaakob, berkata daripada jumlah itu, 499 individu dikenakan kompaun, manakala 32 lagi direman.

Beliau yang juga Menteri Pertahanan berkata, antara kesalahan direkodkan tiada penjarakan fizikal (114); rentas negeri atau daerah tanpa kebenaran dan kesalahan makan di premis (109); tidak memakai pelitup muka (69); gagal merekod butiran diri atau daftar masuk premis (66).

Tidak mematuhi arahan kawalan pergerakan (44); membawa penumpang berlebihan (38); premis gagal mematuhi arahan (20); majikan gagal memastikan kapasiti pekerja atau menjalani ujian saringan (13) dan kesalahan lain (58).

Ismail Sabri berkata, 10 pendatang asing tanpa izin (PATI) ditahan dalam Operasi Benteng (Op Benteng) semalam.

Pihak berkuasa turut merampas 12 kenderaan darat dan sebuah bot dalam operasi berkenaan manakala sebanyak lima bot atau kapal turut dikesan di perairan negara melalui tiga aktiviti penglihatan.

Related posts

Leave a Comment