Arab Saudi hampiri 500,000 kes

RIYADH 9 Julai – Jumlah keseluruhan kes positif Covid-19 di Arab Saudi menghampiri   500,000 selepas 1,133 kes baharu direkodkan hari ini menjadikan jumlah keseluruhan 498,906.

Menurut Kementerian Kesihatan, bagi tempoh 24 jam juga, seramai 14 lagi pesakit meninggal dunia yang membawa kepada jumlah keseluruhan kematian 7,947 orang.

Sebanyak 1,582 orang pesakit dilaporkan sembuh menjadikan jumlah keseluruhan pesakit pulih setakat ini 479,709 orang.

Riyadh merekodkan kes harian tertinggi iaitu 328 diikuti Makkah 245, Timur 206, dan  Asir  108.

Terdapat 11,250 kes aktif dan 1,378 dalam keadaan kritikal.

Related posts

Leave a Comment