1,277 kes baharu Arab Saudi

RIYADH 6 Julai – Arab Saudi merekodkan 1,277 kes baharu Covid-19 dan 16 kematian dalam tempoh 24 jam menjadikan jumlah keseluruhan 495,309 kes dan 7,907 orang meninggal dunia. Dalam tempoh yang sama, sejumlah 1,080 pesakit dilaporkan sembuh yang membawa kepada jumlah keseluruhan 475,448 orang pulih. Sementara itu Riyadh merekodkan kes tertinggi dengan 328 diikuti kawasan Timur 264, Makkah 240 dan Asir 134. Sebanyak 11,954 kes aktif dilaporkan dan 1,363 kes dalam keadaan kritikal.

Read More

SOP : 27 premis diarah tutup

KUALA LUMPUR 6 Julai – Sebanyak 27 premis membabitkan kilang, premis perniagaan, tapak pembinaan dan asrama penempatan pekerja diarah ditutup semalam kerana melanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Menteri Kanan Pertahanan, Ismail Sabri Yaakob, berkata arahan itu susulan 88,183 pemeriksaan pematuhan SOP PKP di seluruh negara semalam membabitkan 20,751 penguat kuasa. Pemeriksaan itu termasuk di 2,798 kilang, 17,349 premis perniagaan, 727 tapak pembinaan dan 211 asrama penempatan pekerja. Ismail Sabri berkata, seramai 548 individu ditahan semalam kerana ingkar SOP PKP, dengan 539 dikompaun manakala sembilan lagi direman.…

Read More

Lonjakan di Indonesia 31,189 kes

JAKARTA 6 Julai – Lonjakan kes Covid-19 di Indonesia berterusan apabila kes jangkitan dan kematian yang direkodkan pada hari ini adalah yang tertinggi sejak pandemik itu mula dilaporkan pada Mac 2020. Kes harian meningkat kepada 31,189 berbanding angka yang direkodkan semalam sebanyak 29,745 dan kematian pula mencecah 728 orang berbanding 558 semalam. Dengan perkembangan ini,  jumlah keseluruhan kes jangkitan yang tersebar di 34 provinsi itu meningkat kepada 2,345,018 orang manakala jumlah kumulatif kematian pula 61,868 orang. Sebanyak 15,863 pesakit dilaporkan sembuh dan ini menjadikan jumlah keseluruhan pesakit pulih adalah sebanyak…

Read More

Lagi lokaliti kena PKPD

KUALA LUMPUR 6 Julai – Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) akan dilaksanakan di beberapa lokaliti di Pahang, Sarawak dan Sabah, selama 14 hari bermula Khamis ini. Menteri Kanan Pertahanan Ismail Sabri Yaakob, berkata PKPD di Pahang membabitkan Kampung Kerpal dan Kampung Pinang dekat perkampungan Orang Asli di Rompin manakala Sarawak di Kampung Mambong, Kuching. Katanya, lokaliti terbabit di Sabah pula ialah Kampung Sri Menanti, Tawau serta Kampung Kasuapan, Kampung Lok Urai, Kampung Pulau Gaya dan Kampung Pondo dekat Pulau Gaya, Kota Kinabalu.

Read More

Tumpuan agihan vaksin di 5 negeri

SEPANG 6 Julai – Lima negeri menjadi sasaran agihan vaksin bulan ini iaitu Selangor, Kuala Lumpur, Labuan, Negeri Sembilan dan Kelantan yang menunjukkan peningkatan kes jangkitan. Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK), Khairy Jamaluddin, berkata pengagihan bekalan vaksin ketika ini dilakukan berdasarkan beberapa indikator seperti kadar positiviti dan ‘kadar insiden’ Covid-19 yang tinggi. “Kita buat keputusan hantar (vaksin) berdasarkan kedudukan negeri itu. Sebagai contoh, untuk bulan ini antara negeri yang menjadi sasaran (pemberian vaksin yang tinggi) ialah Selangor, Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Labuan dan Negeri Sembilan. “Ini (negeri) yang…

Read More

Kes harian melebihi 7,000

PUTRAJAYA 6 Julai – Angka 7,000 kembali dalam senarai jumlah kes harian Covid-19 di negara ini apabila merekodkan 7,654 kes jangkitan baharu dalam tempoh 24 jam lalu menjadikan jumlah kumulatif kes baharu kini 792,693. Kali terakhir, angka 7,000 direkodkan adalah pada 5 Jun 2021 dengan 7,452 kes manakala angka tertinggi adalah pada 27 Mei 2021 dengan 7,857. Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah, dalam kenyataan mengenai kes positif Covid-19 memaklumkan daripada jumlah kes baharu itu, sebanyak 11 adalah kes import melibatkan lima warganegara dan enam bukan warganegara. Bagi kes…

Read More

Indonesia dapatkan oksigen Singapura

JAKARTA 6 Julai – Indonesia mendapatkan bekalan kecemasan gas oksigen dari Singapura ketika negara itu kini bergelut dengan jumlah kes baharu Covid-19 yang semakin melonjak. Sekitar 10,000 tangki oksigen sedang dikirimkan dari Singapura, termasuk melalui pesawat kargo. Menteri Penyelaras Maritim dan Pelaburan Indonesia Luhut Binsar Pandjaitan, berkata, pihaknya juga akan memesan bekalan oksigen dari negara-negara lain termasuk China, jika bekalan tidak mencukupi. Indonesia mungkin menghadapi senario jangkitan harian meningkat kepada 50,000 kes sehari, akibat penularan varian baru Delta. Semalam Indonesia melaporkan hampir 30,000 kes jangkitan baharu Covid-19 dengan 558 lagi…

Read More

Kes import atasi kes tempatan

SINGAPURA 6 Julai – Sekali lagi Singapura terus merekodkan jumlah kes import Covid-19 mengatasi kes tempatan hari ini. Menurut Kementerian Kesihatan, dua kes tempatan baharu yang direkodkan setakat pukul 12 tengah hari ini tiada kaitan dengan kes terdahulu. Lapan kes import pula telah dikenakan Notis Jangan Keluar Rumah (SHN) atau diasingkan sebaik tiba di Singapura. Tujuh daripada kes jangkitan itu dikesan sebaik tiba di Singapura manakala seorang jatuh sakit sewaktu SHN atau dalam pengasingan. Setakat petang ini, Singapura melaporkan 62,640 kes Covid-19.  

Read More

Selangor, KL ‘sumbang’ 4,810 kes

PUTRAJAYA 6 Julai – Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur akhirnya merekodkan kes harian Covid-19 sebanyak empat angka apabila merekodkan 1,550 kes berbanding semalam sebanyak 819 kes. Selangor pula bukan sahaja mengekalkan kedudukan sebagai penyumbang utama kes malahan menambah jumlah sehingga angkanya mencecah 3,260 kes berbanding 2,610 kes semalam. Ini bermakna dua negeri di Lembah Kelang menyumbang 4,810 kes kepada jumlah harian seluruh negara iaitu 7,654 kes. Negeri Sembilan pula mencatatkan 698 kes berbanding 523 semalam, Kedah 337 (273), Melaka 230 (206), Pulau Pinang 185 (157), Kelantan 118 (114), Wilayah Persekutuan Labuan…

Read More

Filipina lapor 4,114 kes baharu

MANILA 6 Julai – Jabatan Kesihatan (DoH) Filipina hari ini merekodkan 4,114 kes baharu Covid-19 menjadikan jumlah keseluruhan 1,445,832. Setakat pukul 4 petang ini, terdapat 104 orang meninggal dunia yang dikaitkan dengan kes Covid-19 yang membawa kepada jumlah keseluruhan 25,296 kematian. Pada masa yang sama 6,086 lagi pesakit dilaporkan sembuh sekaligus menambah jumlah kes pulih kepada 1,370,923 orang atau 94.8 peratus daripada jumlah keseluruhan kes. Kes aktif pula 49,613 atau 3.4 peratus berbanding jumlah semalam 51,594.

Read More