Selangor, KL ‘sumbang’ 4,810 kes

PUTRAJAYA 6 Julai – Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur akhirnya merekodkan kes harian Covid-19 sebanyak empat angka apabila merekodkan 1,550 kes berbanding semalam sebanyak 819 kes.

Selangor pula bukan sahaja mengekalkan kedudukan sebagai penyumbang utama kes malahan menambah jumlah sehingga angkanya mencecah 3,260 kes berbanding 2,610 kes semalam.

Ini bermakna dua negeri di Lembah Kelang menyumbang 4,810 kes kepada jumlah harian seluruh negara iaitu 7,654 kes.

Negeri Sembilan pula mencatatkan 698 kes berbanding 523 semalam, Kedah 337 (273), Melaka 230 (206), Pulau Pinang 185 (157), Kelantan 118 (114), Wilayah Persekutuan Labuan 82 (71) dan Wilayah Persekutuan Putrajaya 33 (25).

Perlis menambah dua kes baharu hari ini selepas sifar kes semalam.

Lima lagi negeri juga menambah kes harian walaupun angka yang dicatatkan hari ini lebih rendah berbanding semalam.

Johor merekodkan 313 kes (324), Sarawak 286 (424), Sabah 225 (263), Pahang 180 (312), dan Perak 94 (246).

Related posts

Leave a Comment