Indonesia dapatkan oksigen Singapura

JAKARTA 6 Julai – Indonesia mendapatkan bekalan kecemasan gas oksigen dari Singapura ketika negara itu kini bergelut dengan jumlah kes baharu Covid-19 yang semakin melonjak.

Sekitar 10,000 tangki oksigen sedang dikirimkan dari Singapura, termasuk melalui pesawat kargo.

Menteri Penyelaras Maritim dan Pelaburan Indonesia Luhut Binsar Pandjaitan, berkata, pihaknya juga akan memesan bekalan oksigen dari negara-negara lain termasuk China, jika bekalan tidak mencukupi.

Indonesia mungkin menghadapi senario jangkitan harian meningkat kepada 50,000 kes sehari, akibat penularan varian baru Delta.

Semalam Indonesia melaporkan hampir 30,000 kes jangkitan baharu Covid-19 dengan 558 lagi kematian.

Sistem jagaan kesihatan Indonesia kini semakin tertekan dengan jumlah katil hospital yang terhad dan kurangnya tangki oksigen untuk para pesakit yang berkurung di rumah masing-masing.

Related posts

Leave a Comment