Lagi lokaliti kena PKPD

KUALA LUMPUR 6 Julai – Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) akan dilaksanakan di beberapa lokaliti di Pahang, Sarawak dan Sabah, selama 14 hari bermula Khamis ini.

Menteri Kanan Pertahanan Ismail Sabri Yaakob, berkata PKPD di Pahang membabitkan Kampung Kerpal dan Kampung Pinang dekat perkampungan Orang Asli di Rompin manakala Sarawak di Kampung Mambong, Kuching.

Katanya, lokaliti terbabit di Sabah pula ialah Kampung Sri Menanti, Tawau serta Kampung Kasuapan, Kampung Lok Urai, Kampung Pulau Gaya dan Kampung Pondo dekat Pulau Gaya, Kota Kinabalu.

Related posts

Leave a Comment