1,277 kes baharu Arab Saudi

RIYADH 6 Julai – Arab Saudi merekodkan 1,277 kes baharu Covid-19 dan 16 kematian dalam tempoh 24 jam menjadikan jumlah keseluruhan 495,309 kes dan 7,907 orang meninggal dunia.

Dalam tempoh yang sama, sejumlah 1,080 pesakit dilaporkan sembuh yang membawa kepada jumlah keseluruhan 475,448 orang pulih.

Sementara itu Riyadh merekodkan kes tertinggi dengan 328 diikuti kawasan Timur 264, Makkah 240 dan Asir 134.

Sebanyak 11,954 kes aktif dilaporkan dan 1,363 kes dalam keadaan kritikal.

Related posts

Leave a Comment