Filipina lapor 4,114 kes baharu

MANILA 6 Julai – Jabatan Kesihatan (DoH) Filipina hari ini merekodkan 4,114 kes baharu Covid-19 menjadikan jumlah keseluruhan 1,445,832.

Setakat pukul 4 petang ini, terdapat 104 orang meninggal dunia yang dikaitkan dengan kes Covid-19 yang membawa kepada jumlah keseluruhan 25,296 kematian.

Pada masa yang sama 6,086 lagi pesakit dilaporkan sembuh sekaligus menambah jumlah kes pulih kepada 1,370,923 orang atau 94.8 peratus daripada jumlah keseluruhan kes.

Kes aktif pula 49,613 atau 3.4 peratus berbanding jumlah semalam 51,594.

Related posts

Leave a Comment