Kes import atasi kes tempatan

SINGAPURA 6 Julai – Sekali lagi Singapura terus merekodkan jumlah kes import Covid-19 mengatasi kes tempatan hari ini.

Menurut Kementerian Kesihatan, dua kes tempatan baharu yang direkodkan setakat pukul 12 tengah hari ini tiada kaitan dengan kes terdahulu.

Lapan kes import pula telah dikenakan Notis Jangan Keluar Rumah (SHN) atau diasingkan sebaik tiba di Singapura.

Tujuh daripada kes jangkitan itu dikesan sebaik tiba di Singapura manakala seorang jatuh sakit sewaktu SHN atau dalam pengasingan.

Setakat petang ini, Singapura melaporkan 62,640 kes Covid-19.  

Related posts

Leave a Comment