WASHINGTON – Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump mengancam untuk mengenakan hukuman ekonomi yang “amat dahsyat” ke atas mana-mana negara yang membantu atau menjalankan urusan perniagaan dengan Iran.
Kempen meningkatkan tekanan ekonomi ke atas republik Islam itu dibuat ketika konflik berkenaan menghampiri bulan keenam tanpa sebarang petunjuk jelas ke arah penyelesaian diplomatik mahupun ketenteraan dalam masa terdekat.
“Hari ini saya mengumumkan Operasi Ekonomi Paling Memusnahkan yang pernah diambil terhadap mana-mana negara. Ini akan menjadi peperangan ekonomi dan pengasingan pada skala yang belum pernah berlaku sebelum ini,” tulis Trump menerusi platform Truth Social.
Beliau mengingatkan mana-mana negara yang membenarkan institusi kewangan, syarikat, lapangan terbang atau agensi kerajaan mereka menjadi talian hayat kepada Iran akan berdepan akibat ekonomi yang sangat berat.
Bagaimanapun, Trump tidak memperincikan bentuk hukuman yang bakal dikenakan, dan tidak menamakan mana-mana negara selain Iran.
Nnn
