Lonjakan kes berterusan di Indonesia

JAKARTA 2 Julai – Indonesia sekali lagi merekodkan peningkatan kes Covid-19 apabila 25,830 kes baharu dilaporkan hari ini berbanding 24,836 kes yang dilaporkan semalam. Ini menjadikan jumlah keseluruhan kes positif adalah 2,228,938. Pada masa yang sama. 539 kematian dilaporkan dan kumulatifnya mencapai 59,534 orang. Pesakit sembuh pula menunjukkan peningkatan apabila 11,578 orang pulih dan sekali gus menjadikan jumlah kes meningkat kepada 1,901,865. Jakarta merekodkan kes sembuh yang tinggi iaitu 5,013 orang menjadikan jumlah kumulatif 473,233 orang, Jawa Barat 1,573 (327,135), Jawa Tengah 1,166 (210,222),  Jawa Timur 787 (153,084) dan Sumatera…

Read More

Saran ujian Covid-19 di sekolah

COPENHAGEN: Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menyarankan ujian Covid-19 dijalankan di sekolah-sekolah – sekalipun tiada kes dikesan – bagi mengelak kesan-kesan berbahaya ke atas pembelajaran online. Sebelum ini, ujian hanya disarankan jika sebuah kelompok kes Covid-19 dikenal pasti. Namun, WHO kini percaya bahawa ujian tindak balas rantaian polimerase (PCR) dan ujian antigen pantas seharusnya dijalankan walapun tiada simptom dalam kalangan pelajar dan kakitangan. “Bulan-bulan musim panas menawarkan jendela peluang yang berharga untuk pemerintah melaksanakan langkah-langkah betul yang akan membantu mengekalkan kadar jangkitan rendah dan mengelakkan penutupan sekolah,” kata pengarah WHO bagi…

Read More

SOP : 597 dikompaun, 39 reman

KUALA LUMPUR 2 Julai – Seramai 597 dikompaun, manakala 39 lagi direman atas pelbagai kesalahan ingkar prosedur operasi standard (SOP) dalam operasi pematuhan SOP Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), semalam. Menteri Kanan Pertahanan,  Ismail Sabri Yaakob, berkata 182 tangkapan membabitkan kesalahan rentas daerah dan negeri tanpa kebenaran serta makan dan minum di premis. Katanya, kesalahan lain ialah kegagalan menjaga penjarakan fizikal (116), gagal merekod butiran diri dan daftar masuk premis (94), tidak memakai pelitup muka (89), tidak patuh arahan kawalan pergerakan (54), membawa penumpang berlebihan (25), premis gagal patuhi arahan (14)…

Read More

Thailand catat 6,087 kes baharu

BANGKOK 2 Julai  – Thailand terus melaporkan peningkatan kes dan kematian akibat Covid-19, dengan merekodkan 6,087 jangkitan dan 61 kematian. Ini menjadikan jumlah keseluruhan kes 270,921 dan kematian pula 2,141 orang. Kes baharu yang direkodkan hari ini membabitkan jangkitan dalam masyarakat serta 207 banduan dan 11 kes import. Menurut Pusat Pentadbiran Situasi Covid-19, kematian baharu itu melibatkan 32 wanita dan 29 lelaki, berusia antara 30 hingga 90 tahun, termasuk 58 rakyat tempatan dan tiga warga Myanmar. Sebanyak 28 kematian dilaporkan di Bangkok, Nonthaburi (9), Samut Prakan (8), Pattani (5), masing-masing tiga di…

Read More

Kemboja tutup pintu sempadan

PHNOM PENH 2 Julai – Kemboja menutup sementara pintu sempadan antara Vietnam dan Thailand sebagai langkah untuk membendung penularan Covid-19 termasuk varian Delta. Perdana Menteri Hun Sen yang mengumumkan langkah pencegahan terbaru itu turut mengarahkan pihak berkuasa memperketat kawalan di pintu masuk sama ada melalui darat, air dan udara. Beliau juga mahu ujian saringan Covid-19 dilakukan di semua pintu masuk sempadan tanpa ada pengecualian.  Pihak berkuasa berkaitan juga perlu menyediakan lebih banyak lokasi strategik untuk dijadikan pusat kuarantin serta memperkukuh bekalan perubatan di sempadan, terutama di wilayah bersempadan dengan Thailand. Pegawai kesihatan di wilayah berkenaan…

Read More

177 kematian Covid-19 di Filipina

MANILA 2 Julai – Jabatan Kesihatan (DoH) Filipina merekodkan 6,192 kes tambahan Covid-19 menjadikan jumlah keseluruhan 1,424,516. Setakat pukul 4 petang ini, DoH juga melaporkan 2,212 pesakit sembuh yang membawa kepada jumlah kumulatif 1,344,063 atau 94.4 peratus daripada keseluruhan kes. Pada masa yang sama 177 lagi meninggal dunia disebabkan Covid-19 menjadikan jumlah kematian meningkat kepada 24,973 orang. Kes aktif pula 55,482 atau 3.9 peratus.

Read More

73 kematian, 6,982 kes baharu

PUTRAJAYA 2 Julai – Kementerian Kesihatan merekodkan 73 kematian akibat Covid-19 dan 6,982 pesakit baharu hari ini, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah. Ini menjadikan kes keseluruhan di Malaysia meningkat kepada 765,949 dengan kes aktif sebanyak 66,084 sementara kematian 5,327 orang. Sebanyak 6,979 penularan tempatan membabitkan 5,265 warganegara dan 1,714 bukan warganegara, manakala tiga kes import membabitkan dua rakyat tempatan dan seorang warga asing. “Ketika ini seramai 905 pesakit Covid-19 dirawat di ICU dengan 443 memerlukan alat bantuan pernafasan,” katanya. Kes kematian pula membabitkan 64 warganegara dan sembilan…

Read More

Lagi kes import di Brunei Darussalam

BANDAR SERI BEGAWAN 2 Julai. – Satu lagi kes import, ke-120 dilaporkan di Brunei Darussalam semalam menjadikan jumlah keseluruhan kes Covid-19 meningkat kepada 261 orang. Menurut Kementerian Kesihatan, kes melibatkan seorang lelaki, berumur 67 tahun, yang tiba ke negara ini dari Jepun melalui Singapura, pada 18 Jun 2021. Lelaki itu tidak mempunyai sebarang tanda-tanda jangkitan dan siasatan mengesahkan tidak ada kontak terdekat bagi kes baharu ini memandangkan kes ini dikuarantin sebaik saja tiba ke negara ini . Setakat semalam, Brunei Darussalam mencatatkan 421 hari kes sifar, iaitu bagi kes terakhir…

Read More

Selangor terus tambah kes

PUTRAJAYA 2 Julai – Selangor terus mencatatkan peningkatan kes Covid-19 dengan merekodkan tambahan 22 kes menjadikan jumlah hari ini 2,907 kes berbanding 2,885 semalam. Hampir semua negeri merekodkan kenaikan dengan Perlis sifar kes berbanding satu semalam yang menjadikan jumlah keseluruhan kes harian hari ini 6,982 berbanding semalam 6,988. Johor merekodkan 517 kes berbanding 270 semalam, Sarawak 440 (544), Pulau Pinang 351 (174), Pahang 329 (195), Kedah 257 (250), Perak 182 (149), Wilayah Persekutuan Labuan 131 (129), Kelantan 129 (108) dan Wilayah Persekutuan Putrajaya 20 (10). Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur yang…

Read More

Import atasi kes tempatan Singapura

SINGAPURA 2 Julai – Sekali lagi kes import Covid-19 mengatasi kes dalam masyarakat di Singapura apabila merekodkan tujuh kes berbanding tiga kes tempatan. Menurut Kementerian Kesihatan, daripada tiga kes dalam  masyarakat, dua  berhubung kait dengan kes-kes terdahulu dan dikesan melalui pemantauan. Baki satu kes tanpa sebarang hubung kait dengan kes-kes yang lepas. Selain itu, empat dari tujuh kes import yang sudahpun dikenakan Notis Jangan Keluar Rumah (SHN) atau diasingkan sebaik tiba di sini dikesan sejurus tiba di Singapura. Tiga lagi mengalami jangkitan Covid-19 ketika menjalani SHN atau pengasingan. Secara keseluruhannya,…

Read More