73 kematian, 6,982 kes baharu

PUTRAJAYA 2 Julai – Kementerian Kesihatan merekodkan 73 kematian akibat Covid-19 dan 6,982 pesakit baharu hari ini, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah.

Ini menjadikan kes keseluruhan di Malaysia meningkat kepada 765,949 dengan

kes aktif sebanyak 66,084 sementara kematian 5,327 orang.

Sebanyak 6,979 penularan tempatan membabitkan 5,265 warganegara dan 1,714 bukan warganegara, manakala tiga kes import membabitkan dua rakyat tempatan dan seorang warga asing.

“Ketika ini seramai 905 pesakit Covid-19 dirawat di ICU dengan 443 memerlukan alat bantuan pernafasan,” katanya.

Kes kematian pula membabitkan 64 warganegara dan sembilan bukan warganegara.

Selangor merekodkan 29 kes, 13 kes di Negeri Sembilan, masing-masing lima kes di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Sabah, masing-masing empat di Johor, Pahang, dan Sarawak, tiga di Wilayah Persekutuan Labuan,masing-masing dua kes di Kelantan dan Pulau Pinang, serta masing-masing satu kes di Melaka dan Kedah.

Setakat tengah hari ini juga, sebanyak 6,278 kes sembuh dilaporkan menjadikan jumlah keseluruhan kes pulih 765,949 kes.

Related posts

Leave a Comment