177 kematian Covid-19 di Filipina

MANILA 2 Julai – Jabatan Kesihatan (DoH) Filipina merekodkan 6,192 kes tambahan Covid-19 menjadikan jumlah keseluruhan 1,424,516.

Setakat pukul 4 petang ini, DoH juga melaporkan 2,212 pesakit sembuh yang membawa kepada jumlah kumulatif 1,344,063 atau 94.4 peratus daripada keseluruhan kes.

Pada masa yang sama 177 lagi meninggal dunia disebabkan Covid-19 menjadikan jumlah kematian meningkat kepada 24,973 orang.

Kes aktif pula 55,482 atau 3.9 peratus.

Related posts

Leave a Comment