SOP : 597 dikompaun, 39 reman

KUALA LUMPUR 2 Julai – Seramai 597 dikompaun, manakala 39 lagi direman atas pelbagai kesalahan ingkar prosedur operasi standard (SOP) dalam operasi pematuhan SOP Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), semalam.

Menteri Kanan Pertahanan,  Ismail Sabri Yaakob, berkata 182 tangkapan membabitkan kesalahan rentas daerah dan negeri tanpa kebenaran serta makan dan minum di premis.

Katanya, kesalahan lain ialah kegagalan menjaga penjarakan fizikal (116), gagal merekod butiran diri dan daftar masuk premis (94), tidak memakai pelitup muka (89), tidak patuh arahan kawalan pergerakan (54), membawa penumpang berlebihan (25), premis gagal patuhi arahan (14) dan aktiviti pusat hiburan (enam).

Semalam, seramai 10 pendatang asing tanpa izin (PATI) ditahan dalam Op Benteng dan enam kenderaan darat dirampas, manakala 177 bot serta kapal turut dikesan di perairan negara melalui 14 aktiviti penglihatan.

“Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Agensi Kawalan Sempadan Malaysia (AKSEM) bersama Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) menjalankan 940 sekatan jalan raya di seluruh negara, semalam,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Related posts

Leave a Comment