Saran ujian Covid-19 di sekolah

COPENHAGEN: Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menyarankan ujian Covid-19 dijalankan di sekolah-sekolah – sekalipun tiada kes dikesan – bagi mengelak kesan-kesan berbahaya ke atas pembelajaran online.

Sebelum ini, ujian hanya disarankan jika sebuah kelompok kes Covid-19 dikenal pasti.

Namun, WHO kini percaya bahawa ujian tindak balas rantaian polimerase (PCR) dan ujian antigen pantas seharusnya dijalankan walapun tiada simptom dalam kalangan pelajar dan kakitangan.

“Bulan-bulan musim panas menawarkan jendela peluang yang berharga untuk pemerintah melaksanakan langkah-langkah betul yang akan membantu mengekalkan kadar jangkitan rendah dan mengelakkan penutupan sekolah,” kata pengarah WHO bagi Eropah, Hans Kluge, dalam satu kenyataan bersama UNICEF dan UNESCO.

Beliau menambah bahawa penutupan sekolah “seperti yang telah kami saksikan, mempunyai kesan berbahaya ke atas kesejahteraan pendidikan, sosial dan mental kanak-kanak serta belia kita”.

“Kita tidak boleh membiarkan pandemik merampas pendidikan dan pembangunan kanak-kanak,” kata Kluge

Related posts

Leave a Comment