Thailand catat 6,087 kes baharu

BANGKOK 2 Julai  – Thailand terus melaporkan peningkatan kes dan kematian akibat Covid-19, dengan merekodkan 6,087 jangkitan dan 61 kematian.

Ini menjadikan jumlah keseluruhan kes 270,921 dan kematian pula 2,141 orang.

Kes baharu yang direkodkan hari ini membabitkan jangkitan dalam masyarakat serta 207 banduan dan 11 kes import.

Menurut Pusat Pentadbiran Situasi Covid-19, kematian baharu itu melibatkan 32 wanita dan 29 lelaki, berusia antara 30 hingga 90 tahun, termasuk 58 rakyat tempatan dan tiga warga Myanmar.

Sebanyak 28 kematian dilaporkan di Bangkok, Nonthaburi (9), Samut Prakan (8), Pattani (5), masing-masing tiga di Pathum Thani dan Narathiwat dan masing-masing satu di Chiang Rai, Songkhla, Nakhon Pathom, Nakhon Nayok dan Ayutthaya.

Bangkok juga merekodkan kes tertinggi iaitu 2,267, Samut Prakan 522, Nonthaburi 327, Samut Sakhon 289 dan Pathum Thani 284.

Sebelas kes import pula melibatkan lapan dari Kemboja dan setiap satu dari Emiriyah Arab Bersatu, Rusia dan Myanmar.

Sementara itu angka vaksinasi telah mencapai 10,227,183 orang..

Related posts

Leave a Comment