Selangor terus tambah kes

PUTRAJAYA 2 Julai – Selangor terus mencatatkan peningkatan kes Covid-19 dengan merekodkan tambahan 22 kes menjadikan jumlah hari ini 2,907 kes berbanding 2,885 semalam.

Hampir semua negeri merekodkan kenaikan dengan Perlis sifar kes berbanding satu semalam yang menjadikan jumlah keseluruhan kes harian hari ini 6,982 berbanding semalam 6,988.

Johor merekodkan 517 kes berbanding 270 semalam, Sarawak 440 (544), Pulau Pinang 351 (174), Pahang 329 (195), Kedah 257 (250), Perak 182 (149), Wilayah Persekutuan Labuan 131 (129), Kelantan 129 (108) dan Wilayah Persekutuan Putrajaya 20 (10).

Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur yang merekodkan 988 kes semalam menunjukkan penurunan dengan 637 kes diikuti Negeri Sembilan 606 (692), Sabah 230 (232), Melaka 202 (311) dan Terengganu 44 (50).

Related posts

Leave a Comment