Import atasi kes tempatan Singapura

SINGAPURA 2 Julai – Sekali lagi kes import Covid-19 mengatasi kes dalam masyarakat di Singapura apabila merekodkan tujuh kes berbanding tiga kes tempatan.

Menurut Kementerian Kesihatan, daripada tiga kes dalam  masyarakat, dua  berhubung kait dengan kes-kes terdahulu dan dikesan melalui pemantauan.

Baki satu kes tanpa sebarang hubung kait dengan kes-kes yang lepas.

Selain itu, empat dari tujuh kes import yang sudahpun dikenakan Notis Jangan Keluar Rumah (SHN) atau diasingkan sebaik tiba di sini dikesan sejurus tiba di Singapura.

Tiga lagi mengalami jangkitan Covid-19 ketika menjalani SHN atau pengasingan.

Secara keseluruhannya, dengan tambahan 10 kes baharu ini, jumlah kes yang dilaporkan setakat ini adalah 62,599 dan 36 kematian.

Related posts

Leave a Comment