Lonjakan kes berterusan di Indonesia

JAKARTA 2 Julai – Indonesia sekali lagi merekodkan peningkatan kes Covid-19 apabila 25,830 kes baharu dilaporkan hari ini berbanding 24,836 kes yang dilaporkan semalam.

Ini menjadikan jumlah keseluruhan kes positif adalah 2,228,938.

Pada masa yang sama. 539 kematian dilaporkan dan kumulatifnya mencapai 59,534 orang.

Pesakit sembuh pula menunjukkan peningkatan apabila 11,578 orang pulih dan sekali gus menjadikan jumlah kes meningkat kepada 1,901,865.

Jakarta merekodkan kes sembuh yang tinggi iaitu 5,013 orang menjadikan jumlah kumulatif 473,233 orang, Jawa Barat 1,573 (327,135), Jawa Tengah 1,166 (210,222),  Jawa Timur 787 (153,084) dan Sumatera Barat 355 (47,239).

Rekod kes positif pula menyaksikan Jakarta merekodkan 9.399 kes dan  kumulatifnya 560.408, Jawa Barat 4.920 (392,554), Jawa Tengah 2,538 (259,101), Jawa Timur 1,388 (175,818) dan Yogyakarta 922 (62,276).

Kes kematian tertinggi dilaporkan di Jawa Tengah iaitu  220 orang dan kumulatifnya 10,968, Jawa Timur 82 (12,747), Jawa Barat 37 (5,454), Jakarta 30 (8,476), Kalimantan Barat 25 ( 301).

Mengenai pemberian vaksin,  penerima hari ini bertambah sebanyak 707.429 orang dan jumlahnya kini melebihi 30 juta  atau 30.891.821 orang..

Mereka yang lengkap vaksinasi pula meningkat menjadi 13.770.107 orang termasuk tambahan hari ini sebanyak 145.950 orang.

Related posts

Leave a Comment