1,318 kes positif di Arab Saudi

RIYADH  28 Jun – Arab Saudi hari ini merekodkan 1,318 kes positif Covid-19, bertambah 100 kes berbanding 1,218 semalam. Menurut Kementerian Kesihatan, dalam tempoh 24 jam, sebanyak 14 pesakit dilaporkan meninggal dunia. Ini menjadikan jumlah keseluruhan kes meningkat kepada 484,539 kes dengan jumlah kematian pula 7,789. Sebanyak 1,290 pesakit dilaporkan sembuh menjadikan jumlah keseluruhan kes pulih setakat ini 465,546. Sementara itu Makkah merekodkan kes harian tertinggi sebanyak 345 diikuti daerah Timur 302, Riyadh 247 dan Asir 161. Terdapat 11,204 kes aktif dan 1,438 dalam keadaan kritikal.

Read More

15 lokaliti PKPD mulai 13 Julai

KUALA LUMPUR 28 Jun – Sebanyak 15 lokaliti dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) bermula 30 Jun sehingga 13 Julai depan. Menurut Menteri Kanan Pertahanan, Ismail Sabri Yaakob, daripada jumlah itu sebanyak lapan lokaliti dikenal pasti di negeri Sabah, empat di Selangor, dua di Sarawak dan satu di Pahang. Tambahnya pelaksanaan PKPD itu dibuat selepas mengambil kira kadar kes baharu dan kebolehjangkitan di semua lokaliti berkenaan. Berikut lokaliti yang dikenakan PKPD: PKPD CLQ Gamuda Gardens, Kundang Jaya, Rawang, Selangor Sejak 14 Jun 2021, KKM mendapati berlaku peningkatan apabila sebanyak 57…

Read More

Kes harian Indonesia lepasi 20,000

JAKARTA 28 Jun – Indonesia terus mencatatkan kes harian Covid-19 melepasi 20,000, hari ketiga berturut-turut selepas merekodkan 20,694, turun sedikit berbanding 21,342 semalam dan 21,095 pada 26 Jun. Ini menjadikan jumlah keseluruhan setakat ini sebanyak 2,135,998 kes Jumlah kes harian itu juga setakat petang ini berada di kedudukan kedua dunia di belakang Rusia yang merekodkan 21,650 kes. Pada masa yang sama, kes aktif pula meningkat kepada 218,576, jumlah tertinggi sejak pandemik itu bermula dan jumlah itu merupakan pertambahan sebanyak 10,791 kes dari hari sebelumnya. Sebanyak 423 lagi pesakit dilaporkan meninggal dunia…

Read More

5 hingga 10 % kes libatkan kilang

SHAH ALAM 28 Jun – Hanya 5 hingga 10 peratus kes Covid-19 melibatkan sektor pembuatan dan perkilangan, kata Menteri Kanan Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Mohamed Azmin Ali. Justeru beliau menolak dakwaan sektor pembuatan dan perkilangan merupakan penyumbang terbesar kenaikan kes jangkitan Covid-19 di negara ini ketika ini. Tambahnya, adalah tidak wajar untuk menutup sektor terbabit, semata-mata berdasarkan statistik kenaikan kes jangkitan Covid-19 walaupun Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Penuh dilaksanakan sejak 1 Jun lalu. Beliau berkata, berdasarkan statistik dan data yang telah diumumkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), kenaikan kes jangkitan…

Read More

Jumlah kematian kini 5,001

PUTRAJAYA 28 Jun – Jumlah kes positif Covid-19 menunjukkan sedikit penurunan tetapi kekal dengan angka 5,000 apabila 5,218 kes baharu direkodkan hari ini berbanding 5,586 semalam. Ini menjadikan jumlah keseluruhan kes meningkat kepada 672,453 dengan kes aktif sebanyak 61,812. Ketua Pengarah Kesihatan Dr. Noor Hisham Abdullah dalam kenyataannya berkata, sebanyak tujuh kes import dilaporkan, melibatkan seorang warganegara dan enam bukan warganegara. Bagi 5,211 kes kes tempatan, sebanyak 4,121 adalah warganegara (79.1%) dan 1,090 bukan warganegara (20.9%). Pada masa sama, sebanyak 4,744 kes sembuh dilaporkan menjadikan jumlah pulih keseluruhan 672,453. Kes kematian…

Read More

RM400 juta tambah bekalan vaksin

PUTRAJAYA 28 Jun – Kerajaan akan menyediakan dana tambahan RM400 juta bagi menambah bekalan vaksin negara, dan mempercepat jadual pelaksanaan Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK). Perdana Menteri Muhyiddin Yassin berkata, dengan pertambahan dana itu, jumlah bekalan vaksin yang ditempah Kerajaan cukup untuk menampung 130 peratus populasi rakyat, berbanding 120 peratus sebelum ini. Penambahan bekalan vaksin ini antara lainnya adalah sebagai stok penimbal tambahan, serta bertujuan memulakan proses vaksinasi bagi 6.4 juta remaja berumur 12 hingga 18 tahun. “Anak-anak yang bakal menduduki SPM tahun ini akan diutamakan,” katanya melalui perutusan khas…

Read More

Kes harian Thailand 5,406

BANGKOK 28 Jun – Thailand merekodkan 5,406 kes baharu Covid-19 dengan 22 lagi pesakit meninggal dunia yang membawa kepada jumlah keseluruhan 249,853 kes dan 1,934 kematian. Menurut Pusat Pentadbiran Situasi Covid-19 (CCSA), sebanyak 5,397 adalah kes dalam masyarakat termasuk 18 kes import dan sembilan lagi berkaitan penjara. Sebanyak 18 kes import melibatkan enam warga Thai yang pulang dari Kemboja, tiga warga Thai pulang dari Rusia, dua dari Sudan dan Perancis dan setiap satu dari Somalia, Afrika Selatan, Emiriyah Arab Bersatu dan Amerika Syarikat. Bangkok merekodkan 10 kematian diikuti Samut Prakan…

Read More

Kes jangkitan 1.4 juta di Filipina

MANILA 28 Jun – Jabatan Kesihatan (DoH) Filipina mencatatkan 5,604 kes baharu Covid-19 yang membawa kepada jumlah keseluruhan 1,403,588. Setakat pukul 4 petang ini, sebanyak 6,154 pesakit dilaporkan sembuh menjadikan jumlah keseluruhan kes pulih meningkat kepada 1,327,103 atau 94.6 peratus. Jumlah kematian pula meningkat kepada 24,456 orang apabila 84 lagi pesakit dilaporkan meninggal dunia. Sebanyak 52,029 adalah kes aktif.

Read More

Selangor terus mendahului

PUTRAJAYA 28 Jun – Masih kekal 5,000 kes harian dengan Selangor terus mendahului negeri-negeri lain sebagai penyumbang terbesar jumlah kes harian seluruh negara sebanyak 5,218 kes berbanding 5,586 semalam. Selangor mencatatkan 1,989 kes, turun sedikit berbanding 2,212 semalam menjadikan jumlah kumulatif 243,616. Beberapa negeri merekodkan kenaikan kes didahului Negeri Sembilan yang mencatatkan 629 kes berbanding 501 semalam, Perak 400 (229), Sabah 258 (190), Kedah 194 (129), Wilayah Persekutuan Labuan 108 (83), Terengganu 23 (16), Wilayah Persekutuan Putrajaya 8 (4) dan Perlis 5 (0). Negeri yang mencatatkan penurunan pula adalah Wilayah…

Read More

Sembilan kes di Singapura

SINGAPURA 28 Jun – Sebanyak empat kes baharu Covid-19 dalam masyarakat dan lima kes import dilaporkan setakat 12 tengah hari ini. Menurut Kementerian Kesihatan (MoH), dengan perkembangan ini, jumlah keseluruhan kes setakat ini adalah 62,544 dan 36 kematian. Kesemua kes  dalam masyarakat ada kaitan dengan kes-kes terdahulu dan sudah dikuarantin. Lima kes import pula turut melibatkan dua rakyat Singapura atau Penduduk Tetap yang baru pulang ke sini. Setakat semalam, sebanyak 62,195 pesakit telah sembuh dan 148 masih menjalani rawatan di hospital di mana empat pesakit dalam keadaan kritikal di unit…

Read More