Selangor terus mendahului

PUTRAJAYA 28 Jun – Masih kekal 5,000 kes harian dengan Selangor terus mendahului negeri-negeri lain sebagai penyumbang terbesar jumlah kes harian seluruh negara sebanyak 5,218 kes berbanding 5,586 semalam.

Selangor mencatatkan 1,989 kes, turun sedikit berbanding 2,212 semalam menjadikan jumlah kumulatif 243,616.

Beberapa negeri merekodkan kenaikan kes didahului Negeri Sembilan yang mencatatkan 629 kes berbanding 501 semalam, Perak 400 (229), Sabah 258 (190), Kedah 194 (129), Wilayah Persekutuan Labuan 108 (83), Terengganu 23 (16), Wilayah Persekutuan Putrajaya 8 (4) dan Perlis 5 (0).

Negeri yang mencatatkan penurunan pula adalah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sebanyak 469 berbanding 628 semalam, Sarawak 409 (513), Johor 243 (312), Melaka 183 (380), Pahang 111 (118), Kelantan 101 (133) dan Pulau Pinang 88 (138).

Related posts

Leave a Comment