15 lokaliti PKPD mulai 13 Julai

KUALA LUMPUR 28 Jun – Sebanyak 15 lokaliti dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) bermula 30 Jun sehingga 13 Julai depan.

Menurut Menteri Kanan Pertahanan, Ismail Sabri Yaakob, daripada jumlah itu sebanyak lapan lokaliti dikenal pasti di negeri Sabah, empat di Selangor, dua di Sarawak dan satu di Pahang.

Tambahnya pelaksanaan PKPD itu dibuat selepas mengambil kira kadar kes baharu dan kebolehjangkitan di semua lokaliti berkenaan.

Berikut lokaliti yang dikenakan PKPD:

PKPD CLQ Gamuda Gardens, Kundang Jaya, Rawang, Selangor

  • Sejak 14 Jun 2021, KKM mendapati berlaku peningkatan apabila sebanyak 57 kes telah dilaporkan dengan kadar kebolehjangkitan yang tinggi di lokaliti ini.

PKPD Taman Murni, Sepang, Selangor

  • KKM mendapati berlaku peningkatan apabila sebanyak 36 kes dikesan dalam tempoh seminggu dengan kadar kebolehjangkitan yang tinggi di lokaliti ini.

PKPD Pangsapuri Sri Ayu, Seksyen 4, Bandar Baru Bangi, Selangor

  • Dalam tempoh sebulan, sebanyak 205 kes dikesan dan KKM mendapati penularan masih berlaku dengan kadar kebolehjangkitan yang tinggi di lokaliti.

PKPD CLQ Johan Setia, Kampung Johan Setia, Klang, Selangor

  • Kes positif Covid-19 terus meningkat dalam tempoh 12 hari apabila sebanyak 156 kes dikesan dengan kadar kebolehjangkitan yang tinggi di lokaliti ini.

PKPD Kampung Tematu, Jalan Batu Kitang, Kuching, Sarawak

  • Setakat ini, KKM telah melakukan 35 ujian saringan dan 17 daripadanya dikesan positif Covid-19 dengan kadar positiviti 35.5%.

PKPD Kampung Linukaan, Kota Marudu, Sabah

  • KKM mengesahkan terdapat peningkatan kes di lokaliti di mana 11 kes positif direkodkan hasil 47 ujian saringan dengan kadar positiviti 23.4%.

PKPD Kuarters Pekerja Ladang Mukah 1, Sarawak Plantation Agriculture Development Sdn Bhd (SPAD), Mukah, Sarawak

  • Sehingga kini, KKM telah merekodkan 19 kes positif hasil saringan ke atas 240 individu dengan kadar positiviti 9.3%.

PKPD Flat Taman Benus Jaya, Bentong, Pahang

  • KKM mendapati trend kes meningkat apabila tujuh (7) kes telah dikesan dalam tempoh seminggu dengan kadar kebolehjangkitan yang tinggi di lokaliti itu.

PKPD tiga lokaliti di Kudat, Sabah

  • Sebanyak 29 kes telah dilaporkan selepas KKM melakukan 55 ujian saringan di ketiga-tiga lokaliti dengan kadar kebolehjangkitan yang tinggi.

PKPD Rumah Pekerja Ladang Sungai Balung, Tawau, Sabah

  • Sehingga kini, KKM telah melakukan 46 ujian saringan dan sembilan daripadanya disahkan positif Covid-19. KKM mendapati trend kes telah meningkat dan kadar kebolehjangkitan yang tinggi di lokaliti itu.

PKPD Kuarters Kilang Bata Kampung Durok, Kampung Limbawan Sayur Keningau, Sabah

  • Sehingga kini, KKM telah melakukan 236 ujian saringan dan 31 daripadanya disahkan positif Covid-19. KKM mendapati trend kes telah meningkat dan kadar kebolehjangkitan yang tinggi di lokaliti itu.

PKPD Kampung Pondo, Pulau Gaya, Kota Kinabalu, Sabah

  • Sehingga kini, sebanyak sembilan kes positif Covid-19 telah direkodkan dalam tempoh seminggu dengan kadar kebolehjangkitan yang tinggi di lokaliti ini.

Related posts

Leave a Comment