Sembilan kes di Singapura

SINGAPURA 28 Jun – Sebanyak empat kes baharu Covid-19 dalam masyarakat dan lima kes import dilaporkan setakat 12 tengah hari ini.

Menurut Kementerian Kesihatan (MoH), dengan perkembangan ini, jumlah keseluruhan kes setakat ini adalah 62,544 dan 36 kematian.

Kesemua kes  dalam masyarakat ada kaitan dengan kes-kes terdahulu dan sudah dikuarantin.

Lima kes import pula turut melibatkan dua rakyat Singapura atau Penduduk Tetap yang baru pulang ke sini.

Setakat semalam, sebanyak 62,195 pesakit telah sembuh dan 148 masih menjalani rawatan di hospital di mana empat pesakit dalam keadaan kritikal di unit jagaan rapi.

Related posts

Leave a Comment