PUTRAJAYA 7 Mei – Perdana Menteri Anwar Ibrahim hari ini mengingatkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) supaya terus berani dan tidak ‘terpukau’ ketika menjalankan siasatan terhadap golongan atasan, berpengaruh dan berdarjat.
Beliau berkata, dalam usaha memerangi gejala rasuah, golongan berkenaan akan terus menekan agensi penguatkuasaan itu untuk terlepas dari undang-undang.
“Saya mempunyai keyakinan kepada keluarga SPRM, yang diberikan mandat (menyiasat) tidak mengenal darjat dan keturunan. Rakyat perlu tahu, apa sahaja sanggahan dan lontaran kepada kita, tujuannya adalah untuk menyelamatkan nasib mereka.
“Ia tidak boleh dilakukan jika ada penjawat awam atau penguat kuasa merasakan hak mereka untuk memunggah hasil kerajaan dan menjalankan pentadbiran mengikut hukum rimba.
Segelintir penguatkuasa mungkin akan terpukau khususnya membabitkan perasuah berpengaruh, berdarjat dan kumpulan alasan, yang akan menggunakan apa sahaja usaha termasuk media, media sosial, jentera kerajaan untuk menyerang,” katanya
Anwar berkata demikian ketika berucap pada Majlis Peluncuran Strategi Pembanterasan Rasuah Nasional (NACS) 2024-2028 di sini, hari ini.
Perdana Menteri berkata, ketirisan berbilion ringgit seperti yang dinyatakan oleh SPRM mampu menyelamatkan dan membasmi kemiskinan rakyat.
“Bayangkan pembasmian kemiskinan, sekolah, nelayan, petani, pesawah padi mampu diselesaikan apabila negara diselamatkan dari kerasukan, tamak haloba sama ada oleh kumpulan penjawat awam dan swasta,” katanya.
Dalam pada itu, beliau mengakui undang-undang yang tegas dan tekad politik yang kuat menjadi senjata utama dalam memerangi jenayah rasuah di samping peranan SPRM dan agensi-agensi penguatkuasaan utama lain.
Katanya , isu rasuah tidak boleh dipandang ringan dan semua pihak termasuk masyarakat awam perlu memainkan peranan membanteras permasalahan itu.
“Bila kita luncurkan agenda ini (Strategi Pembanterasan Rasuah Nasional/NACS), ya tentu tonggaknya masih Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), tetapi ia juga membabitkan yang lain (seperti) Lembaga Hasil Dalam Negeri, Polis Diraja Malaysia, Jabatan Imigresen, Jabatan Kastam dan agensi lain, yang harus memastikan negara ini beranjak daripada ketelanjuran lalu dan lebih bertekad untuk membanteras (rasuah).
Saya punya keyakinan kepada Azam (Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki) dan keluarga SPRM yang telah diberi amanah, kepercayaan dan dukungan …tidak kenal darjat dan kedudukan (membanteras rasuah) supaya rakyat dapat mesej yang jelas,” katanya.
Anwar menjelaskan, ketirisan berbilion ringgit seperti yang dinyatakan oleh SPRM mampu menyelamatkan dan membasmi kemiskinan rakyat.
“Bayangkan pembasmian kemiskinan, sekolah, nelayan, petani, pesawah mampu diselesaikan apabila negara diselamatkan dari kerasukan, tamak haloba sama ada oleh kumpulan penjawat awam dan swasta,” katanya.
Nnn
