1,318 kes positif di Arab Saudi

RIYADH  28 Jun – Arab Saudi hari ini merekodkan 1,318 kes positif Covid-19, bertambah 100 kes berbanding 1,218 semalam.

Menurut Kementerian Kesihatan, dalam tempoh 24 jam, sebanyak 14 pesakit dilaporkan meninggal dunia.

Ini menjadikan jumlah keseluruhan kes meningkat kepada 484,539 kes dengan jumlah kematian pula 7,789.

Sebanyak 1,290 pesakit dilaporkan sembuh menjadikan jumlah keseluruhan kes pulih setakat ini 465,546.

Sementara itu Makkah merekodkan kes harian tertinggi sebanyak 345 diikuti daerah Timur 302, Riyadh 247 dan Asir 161.

Terdapat 11,204 kes aktif dan 1,438 dalam keadaan kritikal.

Related posts

Leave a Comment