Kes harian Indonesia lepasi 20,000

JAKARTA 28 Jun – Indonesia terus mencatatkan kes harian Covid-19 melepasi 20,000, hari ketiga berturut-turut selepas merekodkan 20,694, turun sedikit berbanding 21,342 semalam dan 21,095 pada 26 Jun.

Ini menjadikan jumlah keseluruhan setakat ini sebanyak 2,135,998 kes

Jumlah kes harian itu juga setakat petang ini berada di kedudukan kedua dunia di belakang Rusia yang merekodkan 21,650 kes.

Pada masa yang sama, kes aktif pula meningkat kepada 218,576, jumlah tertinggi sejak pandemik itu bermula dan jumlah itu merupakan pertambahan sebanyak 10,791 kes dari hari sebelumnya.

Sebanyak 423 lagi pesakit dilaporkan meninggal dunia dan ini membawa kepada jumlah keseluruhan 57,561 kematian.

Kes sembuh pula meningkat kepada 1,859,961 orang termasuk 9,480 yang dilaporkan pulih hari ini.

Sementara itu Jakarta merekodkan kes harian positif tertinggi iaitu 8,348 diikuti Jawa Barat 4,771 dan Jawa Tengah 2,143.

Jakarta juga merekodkan kes sembuh yang tertinggi iaitu 3,414 dan kematian tertinggi sebanyak 80 orang.

Related posts

Leave a Comment