Kes jangkitan 1.4 juta di Filipina

MANILA 28 Jun – Jabatan Kesihatan (DoH) Filipina mencatatkan 5,604 kes baharu Covid-19 yang membawa kepada jumlah keseluruhan 1,403,588.

Setakat pukul 4 petang ini, sebanyak 6,154 pesakit dilaporkan sembuh menjadikan jumlah keseluruhan kes pulih meningkat kepada 1,327,103 atau 94.6 peratus.

Jumlah kematian pula meningkat kepada 24,456 orang apabila 84 lagi pesakit dilaporkan meninggal dunia.

Sebanyak 52,029 adalah kes aktif.

Related posts

Leave a Comment