Jumlah kematian kini 5,001

PUTRAJAYA 28 Jun – Jumlah kes positif Covid-19 menunjukkan sedikit penurunan tetapi kekal dengan angka 5,000 apabila 5,218 kes baharu direkodkan hari ini berbanding 5,586 semalam.

Ini menjadikan jumlah keseluruhan kes meningkat kepada 672,453 dengan kes aktif sebanyak 61,812.

Ketua Pengarah Kesihatan Dr. Noor Hisham Abdullah dalam kenyataannya berkata, sebanyak tujuh kes import dilaporkan, melibatkan seorang warganegara dan enam bukan warganegara.

Bagi 5,211 kes kes tempatan, sebanyak 4,121 adalah warganegara (79.1%) dan 1,090 bukan warganegara (20.9%).

Pada masa sama, sebanyak 4,744 kes sembuh dilaporkan menjadikan jumlah pulih keseluruhan 672,453.

Kes kematian pula meningkat kepada 5,001 orang apabila 57 lagi meninggal dunia hari ini.

Selangor merekodkan 15 kematian diikuti Negeri Sembilan (13), Johor (6), Melaka (5), masing-masing tiga di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Labuan, dan Perak, masing-masing dua  di Sarawak, Kedah, Pahang, dan Kelantan,serta satu di Pulau Pinang.

Setakat ini sebanyak 889 sedang menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) dam 451 memerlukan bantuan alat pernafasan.

Related posts

Leave a Comment